Saturday, August 03, 2013

MENGHINA ISLAM? TERHINA KAH KITA?

Sejak akhr-akhir nie, dalam bulan Ramadzan, bulan yang mulia dimana umat Islam menjalani ibadah puasa, ramai pulak yang cuba mencari publicity murahan atau mungkin berharga pada nilai-nilai tertentu.

Alvin dan teman nya Vivian sibuk sekarang dengan kes klip video berbuka puasa dengan Bah Kut Teh. Pasangan ini dah memang telah pernah menimbukan kontroversi dek video terdahulu tentang aktiviti intim mereka. Biar jer....Lepas tu dengan kes kedua video klip berbuka puasa nie, kena tangkap dan kena duduk lah dalam lokap sementara tunggu kes di bicarakan. Terbru dah keluar lokap lepas dibenarkan ikat jamin.

Soalannya Apa yang sibodoh dua orang nie nak? Banyak yang boleh kita andaikan ..............................

1) Saja suka-suka
2) Lama tak glamor, cuba cari video viral terbaru. Iagi sensitif lagi meletop!
3) Nak menghina orang Islam Malaysia atau Melayu Malaysia.
4) Nak tunjuk pada dunia Islam bahawa di  Malaysia ada golongan minoriti bukan Islam yang berani menhentam atau meperlekehkan orang Islam di bum yang majoriti nya Islam.
5) Mereka ini bodoh dan tak tahu langsung tentang Islam atau menghormati agama dan orang2 Islam
6) Mereka mengjangkakan bahawa Malaysia dan kerajaan nya tidak akan mengambi sebarang tindakan contohnya mungkin si Namewee, si ketua segala bodoh manusia. Yang menhina negara dan pemimpin tetapi boleh pulak berjumpa dengan kepimpinan tertinggi Malaysia....juga di Parlimen.

Yang sah, isu ini meletop...orang melayu Islam pun marah-marah, lapuran polis pun merata tempat..Isu agama, politik dan perkauman pun di ungkit. Tengok lah sampai bila...lama2 sejuk lah tu.

Ni terbaru kes "dog trainer?" si Chetz seorang perempuan melayu Islam...jurutera kata nya...dikatakan menghina Islam kerana kilp video bersama anjing sempena hari raya. Katanya dah 3 tahun klip video nie. Dah tiga tahun beb!!! baru nak meletop!!!! Mula-mula orang dok cakap ada lagi mamat bangsa asing cuba nak menghina Islam..tup-tup orang Islam sendiri...perempuan pulak tu cuma bergaya tomboy.
Dia menghina Islam ke?? Atau dia sebenarnya jahil tentang ajaran Islam...merengkok kejap dalam penjara kena reman. Ada yang menyokong si Chetz ni...tapi tentu lah ramai yang menentang... Si ayah Chetz ni pulak dah masuk paper BH 02/08/13 buat statement kata anak nya dah lari akidahnya...kalu dah lari, kenapa tak pujuk dan bawa kepangkal jalan... Chetz ni mungkin tak dalam pengetahuan agama nya, atau masik belum kukuh dan mudah dipengaruhi atau memang dia ikut mazhab lain yang membolehkan apa yang dia buat. Ni nak salah sapa???

Nak kata tak cerdik,,, cuba tengok bab Syiah kat Malaysia...rata2 yang dok tengok kat Universiti Universiti dan yang terpengaruh rta-rata orang cerdik pandai dan berjawatan besar...ni bodoh ke cerdik????

Buat counselling, dakwah Islam kena seiring dengan pembanguna dan kemajuan manusia...ustaz-uztaz kat tv atau ceramah sekarang ni, ramai yang dok jadi pelawak ala-ala maharaja lawak...konon nak tarik perhatian.last-last, lawak ceramah agama nya tu dah jadi lawak lawak yang menghina agama itu sendiri.....tapi ustaz kaya...awat tak pi dakwah kat yang terpelesung tu..yang dok pi ceramah tu ok lah...jom pi jengok si Chetz tu 3 tahun dulu...mungkin dia dah berubah?????!!!!!!...


Monday, June 17, 2013

Jerebu.... IS BACK

Bangun pagi terasa ada kelainan.Di luar nampak macam kabus tebal..maklumlah dah lama tak hujan. Dah dekat seminggu tak hujan walaupun dengar cerita di Utara sana ada ribut dan hujan sehinggakan katanya dah ada tanda-tanda akan banjir jika ujan berterusan..malah kawan dalam FB cakap "the common word now is H2O atau air".
Bila mentari @ matahari meningkat tinggi , jelas suasana masih kelabu berasap. Tanya pada isteri, jerebu ke atau ada sapa2 bakar sampah. Isteri jawab kata ada orang bakar sampah. Dah tengahari, cuaca nampak berjerebu...jelas memang sah jerebu tapi bukan dek kerana ada orang dekat2 sini yang bakar sampah...ini lebih dari bakar sampah.
Lewat petang...berita di radio mula bercerita tentang jerebu yang mula melanda...beberapa bandar telah mulai mengalami index udara yang teruk. memang benar, jelas benar asap jerebu yang melanda....katanya terdapat beberapa titik panas dikesan di Semenanjung dan juga diSarawak...adakah pembakaran utan atau tanah ladang di Sumatera jugak menjadi penyumbang?Jangan kita asyik nak menyalahkan orang lain...jaga dulu kampung halaman kita...
Senang saja jawapan nya...jerebu is back...jerebu adalah satu musim baru yang perlu kita tempuhi setiap tahun selain dari musim hujan dan musim panas...maka kita sudah ada 3 musim ketara....musim hujan...musim panas dan musim jerebu...bersiap lah dengan penapis hidung....aduh!! dah pedih mata!!!!

Monday, April 15, 2013

Hebat PRU13 Nie

orang macam aku banyak untung dalam mendapat cerita haru dan lawak bila dekat dekat nak pilihanraya ni. dah jadi macam pasar ramadzan...banyak juadah dan kueh mueh dapat dibeli ....bulan dan masa masa lain, kurang. PRU kali ni byk cerita aib, skandal, video video samada yang sah atau tak sah...yg pasti, ianya meriah...
sayang PRU tak menjanjikan banyak pilihan.

Saturday, March 30, 2013

LOMBOK Oooooo...... LOMBOK

Sekitar awal tahun 90an, aku pernah ke Lombok. Menziarahi kawasan Lombok Tengah sampai ke Desa Toya , kawasan Switel, Mataram, Segigi dan berberapa tempat lain di Lombok. memang tempat nie cantik penuh dengan tradisi dan kesucian pekerti manusia nya menyambut tetamu. Bangsa lombok mendiami Pulau Lombok dan berbangga dengan ikon nya iaitu Gunung Riajangni (harap ejaan nya betul). Makanan popular nya kangkong dan kami pernah jugak merasa keropok dari kulit sapi.
Aktiviti penduduk nya cukup sederhana dan pertanian memang asas ekonomi di samping sektor pelancongan yang baru nak naik. Wang luar banyak masuk dari kalangan rakyat Lombok yang bekerja di luar. Memang keadaan di Lombok amat sederhana dan tiada sebarang kemewahan yang perlu dicari. Pekerja warga Lombok di malaysia dulu-dulu rajin dan berusaha keras meningkatkan tahap kehidupan mereka. Wang di kirim ke kampung...buat biaya keluarga, membeli aset yang mudah seperti sapi dan tanah buat bekalan pabila pulang dari perantauan.
Itu dulu...sekarang Lombok terkenal di Malaysia akibat cerita wanita Malaysia yang lari mengikut abang-abang Lombok sehinggakan ada yang memerlukan bantuan untuk pulang ke Malaysia....bukan senang nak menyesuaikan diri di pendalaman Lombok dengan ciri ciri kehidupan yang amat berbeza serta budaya yang asing.
Itu dulu...sekarang warga Lombok kurang di minati untuk di ambil bekerja di Ladang-ladang di Malaysia...mereka telah banyak berubah mengikut masa. Mungkin kerana telah banyak wang dan aset yang ada setelah beberapa tahun merantau, mereka tidak lagi memikirkan untuk mencari yang lebih. Kerja mereka lebih kepada menambah sekadar nya saja. Pekerja Lombok menjadi terlalu demanding....suka memberontak...malsa bekerja dan sering menpengaruhi yang lain...mogok menjadi satu pilihan mereka. Sering meminta di layan dan sering kali membuatkan para petugas ladang naik angin.
Ada rakan rakan di ladang sehinggakan berkata " those Lombok are bullshit, not reliable". Aku dah serik... jangan ambik pekerja Lombok banyak-banyak...dengan kekuatan tenaga dari Lombok, mereka boleh menguasai dan mempengaruhi keputusan yang lebih memihak kepada mereka...hanya kerana mereka majoriti.
Sekarang pun,.....puak dari Myammar pun dah pandai nak merusuh...begitu jugak dari Nepal....Bangla...senang cerita, pekerja tak terlatih warga asing ini menyusahkan tapi apa pilihan kita...akta gaji minima RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak sebenarnya membebankan majikan dan menguntungkan pekerja warga asing. Kalau akta itu terpakai hanya untuk warga Malaysia...adakah rakyat Malaysia akan mula berminat bekerja di Ladang...tentu tidak!! Maka jangan nak merungut apabila tenaga asing masih diperlukan untuk kelangsungan ekonomi Malaysia...dan jangan merungut apabila tenaga kerja asing ni menyusahkan kita ...menguasai jalan-jalan dan kompleks membeli belah kita pabla hari Libur...cuti am....

Sunday, January 20, 2013

PRU13 ... KEMATANGAN

Nak tak nak, Pilihanraya Umum ke 13mesti akan tiba...tak payah nak susah-susah nak agak bila. Dah lama dah orang dok tunggu, macamana pun bulan March 1 mesti sampai punya... tak macam hari raya puasa atau aidil fitri, kita kena berpuasa dulu pada bulan ramadzan dan kemudian menunggu setia depan tv tunggu pengumuman penyimpan mohor besarraya-raja bila kita nak raya... Dulu ada bulan tak segan malu untuk menonjolkan diri, sekarang dengan banyak teropong dengan peralatan canggih serta di teropong di banyak tempat di seluruh negara, anak bulan tetap tak muncul tapi hari raya tetap di umumkan bila...kadang-kadang dah boleh agak. Pelik, ada jugak yang raya tak sama hari... macam jugak pilihanraya, negeri dan peringkat persekutuaan, ada kala tak sama tarikh dan harinya.. itu tak kisah , pilihan raya dan hari raya akan muncul jugak.

Cuma, bila nak raya dan nak pilihanraya, semacam ada persamaan. cuba renungkan...
a) Pilihan raya menjadi satu misteri... bila nak mengundi. Hari raya, walaupun dah tau dah masuk hari ke 29, kita tetap menunggu bila nak raya.
b) Bila nak pilihanraya, banyak lah cerita cerita yang keluar dah ramai yang berperangai kurang MATANG. Budaya mengutuk, menghina, mengfitnah dan buat lawak bodoh dah jadi budaya kita. Rata-rata calun atau bakal calun berkelulusan tinggi malah ada yang ah kira taraf ulama...tapi ramai yang suka buat lawak bodoh. Macam pada hari raya, yang dah besar sambut penumuman raya lebih dari budak-budak kecik...mulalah keluar cerita putus jari...buta mata dek main bunga api dan mercun...dulu kita main tak pulak macam nie.
c) Bila nak pilihanraya, banyak duit yang kena keluar, macam hari raya cuma beza nya...pilihan raya duit keluar sebab nak nama, hari raya duit keluar sebab nak tunjuk kita kaya dengan kerusi baru...langsir baru...baju baju...nasib baik tak ada yang berbini baru di hari raya... kuih raya semua serba baru...nama pun dah bertambah pelik...mana kueh baulu tradisi dulu2....tak ramai yang buat kui baulu menggunakan bara api sabut kelapa di atas dan dibawah... pedih mata dok tiup api...

Pelik sungguh PRU13 ni....13 ni dah jadi angka special... sejak dari PRU 12 lagi, kempen untuk PRU13 dah mula...dan kini semakin rancak...Kali nie aku akan mengundi...calun nya masih misteri... biar aku yang tentukan..undi aku mungkin berharga dan boleh mengubah segala-galanya....satu undi weh.....

Wednesday, January 16, 2013

Miskin Sangat ke Kita .... ehhhh Bukan Orang Kita.

Selalu nya dekat-dekat Hari Raya .. bulan Ramadzan lah kiranya...banyak lah aktiviti menyumbang dan menderma. Ianya bertambah banyak sebab ada banyak promosi. Anak-anak yatim kat rumah kebajikan atau di asrama anak yatim waktu waktu begini akan dapat merasai makanan berbuka yangenak-anak...kadang-kadang di hotel bertaraf lima bintang. Dalam masa yang sama, hotel-hotel, dari yang tak ada bintang hingga ke berbintang-bintang banyak menawarkan bufet ramadzan, yang harga nya kadang-kadang hampir sama dengan kadar sewa bilik hotel 3 bintang. Kalau ada bufet ramadzan, harga di hotel tak kurang dari RM50...kadang kadang sampai RM250 per orang. mewah betui orang kita.

Daam masa yang sama, di bulan yang mulia itu, banyak lah cerita tentang golongan fakir miskin di paparkan samada dalam surat kabar atau pun media elektronik yang lain. Selalu nya di paparkan jugak pemberi sumbangan dan derma. Masjid Kampung Baru juga tak ketinggalan dengan bubur lambuk nya yang terkenal @famous itu. Dek kerana "kefamousan" bubuk lambuk Masjid Kampung Baru...ramai lah yang menumpang sekaki dua. Usaha pihak pengurusan masjid yang amat mulia itu mula di cemburui pihak lain atau pun setidak tidak nya menarik perhatian warga korporat. Sumbangan bahan mentah untuk bubur lambuk tu mula datang. Masjid lain pun mula juga menyumbang bubur lambuk ... dapat tahu kerana ianya terpapar dalam surat kabar atau TV. Ada lah para-para ADUN atau MP atau penyokong kuat mewakili bos mereka digambarkan sedang mengacau bubur lambuk sambil tersenyum mengadap kamera.

Bulan Ramadzan yang mulia sudah berlalu... cerita-cerita tentang kemiskinan dan sumbangan para dermawan tidak begitu gairah lagi...sesekali tertonton rancangan Bersama Mu... adalah para korporat atau ADUN atau yang sewaktu dengan nya tampil menderma. Masuk TV.... berlinangan lah air mata si penerima derma dan sumbangan....tapi sampai bila? Adakah air mata itu mengambarkan kegembiraan dan kesyukuran. Adakah airmata kesedihan akan muncul semula.

Terbaca majalah bulan Januari belian isteri mengambarkan sekeluarga si pengawal keselamatan yang menyewa sebuah bilik dengan RM250 sebulan. Tinggal bersama isteri dan tiga orang anak yang mana sorang dari nya, kanak-kanak perempuan mengidap penyakit saraf. Bantuan di perlukan!!!. Nasib beliau baik kerana pihak majalah dan wartawan dapat menghidu cerita nya....heran kenapa pihak majikan beliau tak tahu atau saja tak nak ambik tahu. Mungkin "Minimum Wage Order" atau Kadar Gaji Minima sebanyak RM900 bagi Semenanjung dan RM800 sebulan di Sabah dan Sarawak dapat mengatasi semua persoalan ini? Tak mungkin...jika ada anak-anak istemewa yang memerlukan rawatan istimewa dan kadar sewa dan kos sara hidup yang tinggi...jumlah itu tak mungkin dapat membantu...Macamana dengan golongan Gelandangan di KL yang semakin hari semakin bertambah...Macamana pulak golongan pelacur yang konon nya terpaksa melacur demi makan pakai anak-anak....

Teringat lah aku pada suatu pagi yang indah...aku sedang mengadap roti canai kosong dan teh tarik (harga RM2 all in) di satu warong di Pahang....3 jejaka muda makan nasi kuning berlauk kan kari kambing hampir penuh pinggan tapi sayang nya kari dan isi kambing banyak yang bersisa.... kaya sangat kah mereka atau sekadar tamak dan haloba....ikut nafsu kah mereka??? bila nak bayar, tentu empunya warong kena ambik kira berapa senduk isi kari kambing di ambil .. kalu satu senduk tentu lah harga sesenduk...tapi kalu dah 3 senduk???

Kita tak kaya...tak juga miskin...yang kaya selalunya menunjukkan kekayaan samada sedar atau tidak...samada riak atau tidak...Nasib..yang miskin belum ada yang mati kelaparan...rezeki ada di mana-mana...atau berita tentang kebuluran itu tidak di paparkan... nanti malu kita....

Memang ita tak miskin...setidak tidak nya bukan orang kita sebab bila ada bencana di luar negara...orang kita yang sibuk menderma... baik sungguh!!!!!