Sekitar awal tahun 90an, aku pernah ke Lombok. Menziarahi kawasan Lombok Tengah sampai ke Desa Toya , kawasan Switel, Mataram, Segigi dan berberapa tempat lain di Lombok. memang tempat nie cantik penuh dengan tradisi dan kesucian pekerti manusia nya menyambut tetamu. Bangsa lombok mendiami Pulau Lombok dan berbangga dengan ikon nya iaitu Gunung Riajangni (harap ejaan nya betul). Makanan popular nya kangkong dan kami pernah jugak merasa keropok dari kulit sapi.
Aktiviti penduduk nya cukup sederhana dan pertanian memang asas ekonomi di samping sektor pelancongan yang baru nak naik. Wang luar banyak masuk dari kalangan rakyat Lombok yang bekerja di luar. Memang keadaan di Lombok amat sederhana dan tiada sebarang kemewahan yang perlu dicari. Pekerja warga Lombok di malaysia dulu-dulu rajin dan berusaha keras meningkatkan tahap kehidupan mereka. Wang di kirim ke kampung...buat biaya keluarga, membeli aset yang mudah seperti sapi dan tanah buat bekalan pabila pulang dari perantauan.
Itu dulu...sekarang Lombok terkenal di Malaysia akibat cerita wanita Malaysia yang lari mengikut abang-abang Lombok sehinggakan ada yang memerlukan bantuan untuk pulang ke Malaysia....bukan senang nak menyesuaikan diri di pendalaman Lombok dengan ciri ciri kehidupan yang amat berbeza serta budaya yang asing.
Itu dulu...sekarang warga Lombok kurang di minati untuk di ambil bekerja di Ladang-ladang di Malaysia...mereka telah banyak berubah mengikut masa. Mungkin kerana telah banyak wang dan aset yang ada setelah beberapa tahun merantau, mereka tidak lagi memikirkan untuk mencari yang lebih. Kerja mereka lebih kepada menambah sekadar nya saja. Pekerja Lombok menjadi terlalu demanding....suka memberontak...malsa bekerja dan sering menpengaruhi yang lain...mogok menjadi satu pilihan mereka. Sering meminta di layan dan sering kali membuatkan para petugas ladang naik angin.
Ada rakan rakan di ladang sehinggakan berkata " those Lombok are bullshit, not reliable". Aku dah serik... jangan ambik pekerja Lombok banyak-banyak...dengan kekuatan tenaga dari Lombok, mereka boleh menguasai dan mempengaruhi keputusan yang lebih memihak kepada mereka...hanya kerana mereka majoriti.
Sekarang pun,.....puak dari Myammar pun dah pandai nak merusuh...begitu jugak dari Nepal....Bangla...senang cerita, pekerja tak terlatih warga asing ini menyusahkan tapi apa pilihan kita...akta gaji minima RM900 untuk Semenanjung dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak sebenarnya membebankan majikan dan menguntungkan pekerja warga asing. Kalau akta itu terpakai hanya untuk warga Malaysia...adakah rakyat Malaysia akan mula berminat bekerja di Ladang...tentu tidak!! Maka jangan nak merungut apabila tenaga asing masih diperlukan untuk kelangsungan ekonomi Malaysia...dan jangan merungut apabila tenaga kerja asing ni menyusahkan kita ...menguasai jalan-jalan dan kompleks membeli belah kita pabla hari Libur...cuti am....
No comments:
Post a Comment