Hari Ahad lepas, anak yang sulong teringin benar nak berkunjung ke Muadzam Shah...kebetulan nya mak nya pun ada di sini sebelum balik ke Bintulu. Untuk itu, aku dan keluarga termasuk anak yang bongsu pun bersetuju untuk menjemput anak sulong ni di Kuantan. Along naik bas dari Shah Alam pada jam 10.30 pagi dan hanya sampai pada jam 3 petang. Cuaca menarik dan sempat juga ronda-ronda kat Kuantan.
Hari Isnin, hujan turun lebat. Kat ladang pun lebat hinggakan tiada pekerja yang hadir kerja. Petang tu Kuantan dah mula naik air. Anak saudara kat Kuantan dalam posting Facebook nya ada muatkan gambar rumah sewa nya di masukki air.
Hari Selasa, keadaan banjir bertambah buruk... buruk sebab ramai yang dah kena pindah. Yang pelik, setengah-setengah tempat dulu jarang berlaku banjir kilat macam ni...emua nya akibat pembangunan yang mana pemaju hanya mementingkan peparitan dan saliran air dari projek masing-masing tanpa mengambil kira aliran keluar air dan kemana arah tujunya. Itu yang buat air tersekat dan akhirnya banjir kilat pun berlaku. Itu baru hujan 1 hari, bayangkan kalau hujan seminggu berterusan. Mau tenggelam satu bandar!!
Bila hujan, susah lah ladang nak beroperasi....jalan jadi licin...tapi antara sedar dan tidak,pekerja kadang2 seronok pulak dapat cuti walaupun tak ada gaji. Bak kata kawan aku si Zahar @ Banjore....pekena kopi o panas dengan karipap panas memang sedap waktu hujan-hujan ni.....
No comments:
Post a Comment