Sunday, June 06, 2010

Boikot Barangan Yahudi atau Israel ?

Serangan ala-lanun komando Israel terhadap kapal bantuan misi ke Gaza membuka mata dunia terhadap cara Israel melayan kemanusiaan. Mereka merasakan mereka besar apatah lagi apabila Amerika Syarikat berdiri utuh dibelakang mereka.

Maka, setiap kali perangai hodoh dan buruk Israel berlaku, macam-macam saranan di buat bagi mengajar Israel termasuklah memboikot barangan buatan syarikat Yahudi.

Melalui bog Ustaz Abdul Halim Abdullah- Inilah Jalanku.wordpress.com, terdapat senarai barangan barangan tersebut. Antaranya adalah barangan keluaran syarikat Yahudi atau jenama Syarikat Yahudi...
Rokok keluaran Phillip Morris seperti Malboro, Benson & Hedges, Winston juga Coca Cola, Mc Donald, Pizza Hut, KFC, Burger King, Barangan keluaran Nestle seperti Maggie, Nescafe, Coffee Mate dan Milkmaid, hasil karya syarikat Disneyland.

Lain-lain adalah Reebok, Converse, Calvin Klein, Boss, Ralph Lauren, Wrangler, Caterpillar, Produk Danone, produk Johnson & Johnson, Giorgio Armani, Lancome, Garnier, Donna Karan, Maybelline, L'oreal, Clinique, Tommy Hillfinger, DKNY, Aramis, Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, Gillette, Braun, Oral B, papermate, perker, Ajax, Palmolive, kellog, Levis, Heinz.

Senarainya memang panjang.

Persoalan nya, berdasarkan senarai yang ada, barangan tersebut adalah dari pengeluar dan jenama yang biasa kita gunakan malahan sesetengah nya adalah barangan harian seperti ubat gigi palmolive, minuman nescafe, coca cola, makanan segera pizza hut, Mc Donald, KFC dan sebagainya.

Cuma, apabila kita nak boikot, cuba fikirkan ada sesetengah barangan itu adalah sekadar Jenama Yahudi sepertimana KFC yang francis di Malaysia dikuasai oleh sebuah syarikat GLC Johor. Boikot kini memerlukan pertimbangan atas dasar apa boikot ini nak dilaksanakan. Kita tidak pernah terjumpa satupun barangan "Made in Israel" di Malaysia cuma jenama-jenama syarikat Yahudi. Malah bagaimana pula dengan Intel (pengeluar cip komputer) dan IBM.

Besar juga peranan ekonomi bangsa Yahudi ini!!! Kita nak boikot barangan Israel atau barangan keluaran Yahudi. Regim Zionis itu adalah regim pemerintah Israel. Rakyat Israel terdiri dari majoriti bangsa Yahudi beragama Yahudi, penganut Kristian dan juga Islam.

Amerika Syarikat mendukung Israel kerana ekonomi AS juga dikongkong dan dikuasai bangsa Yahudi (tak semestinya rakyat Israel) malahan dana kempen kebanyakkan kempen Presiden AS juga disumbangkan oleh bangsa Yahudi.

PBB dan dunia hanya sekadar mampu mengutuk serangan dan menggesa majlis keselamatan PBB mengecam Israel. Itu pun selalunya tak berjaya sebab kuasa veto AS. Melemahkan ekonomi Israel dan bangsanya mungkin berjaya tetapi ia memakan masa yang lama bagi menghancurkan ekonomi yang sebenarnya melibatkan barangan dan jenama pengguna yang tersebar di seluruh dunia.

Yang heran bangsa Arab masih gagal mengugat Israel dan AS walaupun pasaran minyak dunia dikuasai mereka... tapi ingat syarikat Minyak Amerika yang banyak menguasai padang minyak Arab. Kesian Iraq, kesian Saddam Hussein!!

Rasanya nak menghancurkan Regim Zionis ialah menghancurkan pemimpin zionis tetapi bukannya menghancurkan negara Israel dan bangsa Yahudi. Ada kelompok bangsa Yahudi juga mengecam tindakan regim zionis. Tapi BAGAIMANA? Itu yang semua orang pening... bukan saja orang Islam tetapi juga pemimpin di AS... mereka sebenarnya ingin sangat keluar dari rantai belenggu Regim Zionis yang didokong kuat oleh ekonomi mereka, kepintaran teknologi mereka dan "pembekal dana kempen Presiden AS".

2 comments:

  1. i put your blog link in my blog...thanks for sharing..very good and usefull info..

    ReplyDelete
  2. I agree with ur writting.. And what make me irritate is org yg pukul canang ajk boikot brgn yahudi/judaism ni ckap x serupa bikin.. Sambil mengutuk org yg mkn McD sambil smoking(judaism nyer invention utk rosakkn DNA penganut agama lain).. Tgk betapa ignorant nye org tu.. Guna FB yg di invent oleh seorg judaism. Tp mereka kata dgn angkuh & munafik nya, xpe guna fb sbb blh lancar petang siber. Tp bila pegi fb page byk gmbr&koment yg xda unsur dakwah pun.. Gmbr selfie je yg melambak.. Org islam d malaysia ni, mmg byk suka berbicara psl agama/berlagak alim, tp x kemana pun. Suka putar belit agama utk kepentingan sendiri.. Contoh; kta boikot rokok buatan philip moris je, rokok jenama indo,china etc xpe blh hisap. Sedangkn merokok blh memudaratkn kesihatan..

    ReplyDelete