Tuesday, December 29, 2009

Hilang Enjin Jet Pejuang.

Ni cerita dah mula nak basi...lama-lama senyap le tu. Aku nak tulis ni bukan apa..cuma nak berkongsi pandangan.

a) Enjin tu dah hilang lama, bukan benda kecik , benda besar. Bukan senang nak bawa keluar, ada prosedur. Tapi bila dah hilang dan dapat tahu dekat 2 tahun selepas itu, PDRM hanya mengambil masa tak sampai 3 minggu...dapat trace ke mana perginya benda tu (ke Argentina), siapa yang atur prosedur hantar keluar (lengkap dengan borang original lagi). Ish, kalau dapat tau awal, tentu benda tu tak keluar dari Malaysia sebab PDRM kita nampak macam dah cekap buat siasatan. Itu pun masih ada orang nak kutuk PDRM cuma AG minta siasatan di lengkapkan lagi, maka di pulangkan kertas siasatan.
b) Malaysia "terpaksa" buat lapuran memaklumkan kehilangan tu kepada AS. Memang pun, benda sensitif, silap-silap kalau jadinya Al Qaeda dapat enjin tu, nanti AS kata kita bersubahat bagi enjin tu untuk Al Qaeda serang AS pulak. Otak AS ni memang sentiasa syak orang je.
c) Macamana prosedur bawa benda tu keluar? Macamana dengan kawalan semasa dalam perjalanan? Last-last ada pulak cerita bukan setakat enjin, ada inventori dan aset lain tentera pun hilang. mapus macam ni. Silap-silapo haribulan, ada yang kata rifel M16 hilang, kapalselam Scorpion yang baru tu pun hilang!
d) Apa hukuman yang setimpal dengan orang yang terlibat? kalau setakat prebet, kopral atau sarjan nak buat kerja tu..memang susah..mesti ada network antarabangsa dan kenal orang-orang di pasaran gelap. Maka yang sah ada orang berpangkat besar yang terlibat. kalau di negara Cina, sah kena hukum tembak.
e) Aku rasa, lama-lama kes ni mungkin senyap...kalau di hebuhkan sangat...macam buka pekung di dada atau berjalan bogel tengah-tengah orang ramai. memalukan. Orang yang diharapkan menjada keselamatan sanggup menjual maruah diri kerana WANG.

ENJIN TU SAH DAH HILANG, DAH TAU SIAPA YANG MEMBELINYA (KATA SEORANG INDIVIDU), BOLEH DAPAT BALIK KE?

Cerita Makan

Makan memang aktiviti biasa di Malaysia, sehinggakan makan ni dah jadi antara aktiviti utama masyarakat Malaysia. Mana-mana tempat ada kedai makan atau warong. Waktu pagi mesti penuh.

Di Langkawi, aku ada berkunjung ke Pantai Cenang. Tempat ni tak macam dulu. Tepi jalan dari Meritus pelangi resort sampai ke hujung dekat kawasan Under Water World, penuh dengan kedai-kedai kecik menjual barangan cenderahati, baju t, kedai makan dan lain-lain. Waktu senja hingga ke malam, penuh. Suasana macam kat kawasan Legian di Bali atau Night Bazar di Chiang Mai. Cuma, di Bali atau Chiang Mai tu, kawasan agak bersih dan teratur.

Di kawasan ni banyak mat-mat saleh dan chalet-chalet bajet disamping hotel hotel yang berbintang-bintang.

Yang nak cerita sekarang ialah pasal kedai makan... malam tu aku dan keluarga singgah menjamu selera di sebuah kedai makan...tak ingat nama nya tapi kat Pantai Cenang. Order makanan tapi lambat betul sampai. Ada satu famili kat belakang aku dah mula boring dan mula berkira-kira nak belah saja...cancel order. Aku, pun naik boring tapi sebab bercuti dan tak berkejar ke mana-mana , jadi relax ler sambil tengok-tengok orang lalu lalang. Harga...kira murah.

Sebelah siang pulak, aku makan kat kedai lain, juga di kawasan yang sama. Tapi, makan nasi campur. Lauk nya fresh (sea food) dan yang best nya harganya murah. Lupa jugak nama kedai tu.

Pada hari lain, tengahari, aku makan kat Pekan Kuah... Kedai Mamak . Kalau tak silap nama Haji Ali... Nasi kandar...best. Harga juga murah.

Malam tu, aku sekali lagi ke kedai mamak tadi...tapi pekena rojak ayam. Best jugak. Harga...murah. Mak dan isteri aku pun puas makan. Anak aku hanya sorang yang ikut.

Waktu hari terakhir, aku singgah makan kedai nasi ayam, juga dekat dengan kedai mamak tadi. Nama kedai tu, Haji Musa ..atau gitu-gitu lah. Tak berapa ingat. Servis cepat, makan ok, harga pun ok cuma orang memang ramai. Sampai ada pulak satu rombongan, satu bas singgah kat situ.

Bila balik ke KL, aku makan malam kat kedai Adams Restoren kat kawasan kampung Baru. Mula nya nak ke Nasi Lemak Antarabangsa, pusing-punya -pusing tak jumpa pulak. Malam, dan lama tak ke sana.
Adamson Restoren ni... servis lambat, pelayan yang ambik order tu pulak muka masam macam cuka. Bila sampai makanan, silap pulak. Ada yang kurang, bila tanya, kata nanti sekejap tapi bila sampai, dah lah silap, dia bungkus macam aku nak tapau. Dia buat yang lain, tapi juga silap. Boring betul...Harga ...MAHAL.

Malam berikutnya aku ke Johan Restoren, juga area kampung baru... Servis cepat, pelayan pun ok, senyum dan mesra tapi harga...juga MAHAL. Mungkin KL punya standard.

Di Bintulu, kebetulan cuti, sarapan pagi dengan isteri kat satu restoren melayu. kalau tak silap nama Allesya. Bukan order benda canggih pun..takat roti canai dengan teh tarik. pekerja ada dalam 6 orang. Pelanggan ada dalam 4 meja termasuk aku. 2 meja dah served tapi aku nak dapat air minum pun dekat 20 minit. Roti canai dah dekat 30 minit tak nampak bayang pun. Give up! Aku dan isteri bangun ke kaunter dan minta kira...bayar air saja. Aku sound jugak kat mamat kedai tu...roti canai order dah lama..tak sampai sampai.. Taubat, aku tak pegi dah kedai ni. Kedai ni pulak kebetulan member isteri aku punya!

Kedai makan atau restoren Melayu, nampaknya berdasarkan pengalaman aku ni, memang selalu tak professional...lambat, muka masam dan macam-macam yang menyebabkan daya penolak untuk tidak lagi berkunjung ke sana. Habis macamana..ingat nak tolong kawan atau bangsa sendiri..tapi hampeh.

Cuba pegi kedai mamak, cepat. Harga murah tapi jangan pulak mamak profesional dan moden. Mahal, silap-silap hari bulan kena ketuk!

Monday, December 28, 2009

Cuti-Cuti Cara Malaysia.

Baru-baru ni saya bercuti. Tak jauh, sakadar ke Langkawi dan singgah 2 malam pulak di Kuala Lumpur.
Disebabkan tiada perancangan awal kerana sentiasa menganggap bahawa tempat bermalam tak akan jadi masaalah selepas LIMA di Langkawi selesai, semua persiapan di kira "last minute". Ini di tambah pula dengan bebanan kerja serta permohonan cuti yang belum diluluskan disebabkan bos masih bercuti.
Maka timbul pulak masalah yang tak di jangka iaitu tempat bermalam. Bila buat "direct call", semua hotel dan resort cakap dah penuh. Akhirnya terpaksa buat tempahan melalui "on-line agent" walaupun dengan bermacam promosi oleh agen termasuklah diskaun, sebenarnya, agen-agen ini mempunyai agenda dan hubungan yang terhad. Oleh itu, semua resort dan hotel yang disenaraikan kebanyakkannya yang mahal hingga ada yang "quote" hingga ribuan ringgit untuk satu malam dengan macam-macam batasan. Ada yang 'pending" tempahan , status tempahan tidak "confirm" dan macam-macam lagi.
Akhirnya dapat Meritus Pelangi Beach Resort dengan "rate" RM390/malam, itu pun dikatakan "promotion rate". Saya hanya confirmkan satu malam sahaja sebab nak cari sendiri bagi hari-hari selepas itu. Dengan 2 bilik yang ditempah, kadarnya menjadi RM780. Mahal sungguh bagi aku dan keluarga untuk sekadar nak tidur. Untuk malam-malam berikutnya, saya call sendiri secara direct ke hotel atau resort, semua kata penuh!
Sampai di Langkawi, kena pulak tempah atau sewa kereta. Dapat Sentra dengan kadar RM150/hari. Sewa 4 hari dah jadi RM600. Duit lagi!!
Meritus Pelangi Resort ni memang kelas... padan dengan duit nya. Saya sampai di hotel tu jam 8.00 malam dan kena check-out jam 12 tengahari esoknya. Berapa jam sangat!!
malam berikutnya, dengan bantuan kenalan sekolah dahulu, saya dan famili bermalam di Inst. latihan Peladang di Kuah. Tempat bagus, harga bagus, suasana juga kondusif untuk percutian keluarga. Tak adalah nampak mat-mat dan minah saleh melepak tepi kolam atau pantai dengan pakaian ala kadar tu.
Makan... memang jauh murah dari harga di Bintulu , Sarawak. Hampir separuh murahnya. Isteri saya pun turut heran dengan harga makanan yang murah. Kata orang masa LIMA, harga barang makan mahal... itu tak tahu pulak tapi masa ini pun kira "Peak Season". Dalam kapalterbang yang aku naik, hampir penuh..dan majoritinya bukan rakyat Malaysia.
Apabila ditinjau hotel-hotel, chalet dan resort ketika berpusing-pusing di Pulau Langkawi, sebenarnya masih ada bilik -bilik yang kosong mengikut kemampuan saya. Mungkin agen-agen ni sengaja nak pasang jerat. Ini jelas bila aku dapat e-mail sehari sebelum berlepas bahawa ada tempahan aku yang dah kena reject atau "waiting list", "service provider" tu contact aku semula untuk bertanyakan samada aku berminat. kalu di tengokkan "provider" atau agen-agen ni, kebanykkan berpusat di luar negeri seperti Singapura , Thailand dan Hong Kong. Kenapa pulak tak ada "service provider" atau agen dari Malaysia.
Pendek kata, 5 hari 4 malam aku di Langkawi, aku telah berbelanja hampir RM7200 (untuk tiket kapalterbang, hotel dan kereta sewa). Rasa mahal betul. itu belum masuk duit makan, duit minyak, "entrance fee" ke Under Water World dan Galeri Perdana. Kalau kira semua sekali, mungkin mencecah RM10000.Belum masuk shopping !!! Di KL, kena lagi belanja hotel , kereta dan makan.
BETUL LAH, KATA ORANG, BERCUTI DI MALAYSIA LEBIH MAHAL DARI BERCUTI DI LUAR NEGERI CONTOHNYA Apabila aku ke Bali, Indonesia pada Disember 2008 dulu, aku hanya berbelanja sekitar RM9000. Ikut pakej, naik Qatar Air, hotel 3 bintang, makan di tanggung, airport tax di bayarkan, "entrance fee" di tanggung, kita hanya bawa duit belanja peribadi sahaja. Kat Langkawi, pakej jelajah pulau sahaja RM300/orang, kalu saya lima orang maka dah jadi RM1500. Itu hanya pakej sehari tak termasuk hotel, flight dll.

ps.
Mungkin kah hotel dan resort juga Kementerian Pelancungan hanya menumpukan pelancong asing yang katanya bawa dan belanja banyak duit. Itu untuk ekonomi Malaysia. Sebenarnya yang banyak berbelanja sedikit saja, saya tengok rata-rata yang lain hanya tidur di hotel bajet, sewa basikal dan makan di warong-warong saja. Mereka ini tak beli pinggan Vision, hisap rokok "duty free" atau minum arak murah yang banyak kat Langkawi. Tak percaya, pergi tengok kat kedai Idaman Suri atau Haji Ismail Group, mana ada Mat saleh dalam tu. Rata-rata perempuan melayu dan rakyat tempatan yang lain. Mungkin ada segelintir dua dari Asia Tengah (Pak Arab) dan dari Jepun yang berbelanja mewah.