Sunday, January 20, 2013

PRU13 ... KEMATANGAN

Nak tak nak, Pilihanraya Umum ke 13mesti akan tiba...tak payah nak susah-susah nak agak bila. Dah lama dah orang dok tunggu, macamana pun bulan March 1 mesti sampai punya... tak macam hari raya puasa atau aidil fitri, kita kena berpuasa dulu pada bulan ramadzan dan kemudian menunggu setia depan tv tunggu pengumuman penyimpan mohor besarraya-raja bila kita nak raya... Dulu ada bulan tak segan malu untuk menonjolkan diri, sekarang dengan banyak teropong dengan peralatan canggih serta di teropong di banyak tempat di seluruh negara, anak bulan tetap tak muncul tapi hari raya tetap di umumkan bila...kadang-kadang dah boleh agak. Pelik, ada jugak yang raya tak sama hari... macam jugak pilihanraya, negeri dan peringkat persekutuaan, ada kala tak sama tarikh dan harinya.. itu tak kisah , pilihan raya dan hari raya akan muncul jugak.

Cuma, bila nak raya dan nak pilihanraya, semacam ada persamaan. cuba renungkan...
a) Pilihan raya menjadi satu misteri... bila nak mengundi. Hari raya, walaupun dah tau dah masuk hari ke 29, kita tetap menunggu bila nak raya.
b) Bila nak pilihanraya, banyak lah cerita cerita yang keluar dah ramai yang berperangai kurang MATANG. Budaya mengutuk, menghina, mengfitnah dan buat lawak bodoh dah jadi budaya kita. Rata-rata calun atau bakal calun berkelulusan tinggi malah ada yang ah kira taraf ulama...tapi ramai yang suka buat lawak bodoh. Macam pada hari raya, yang dah besar sambut penumuman raya lebih dari budak-budak kecik...mulalah keluar cerita putus jari...buta mata dek main bunga api dan mercun...dulu kita main tak pulak macam nie.
c) Bila nak pilihanraya, banyak duit yang kena keluar, macam hari raya cuma beza nya...pilihan raya duit keluar sebab nak nama, hari raya duit keluar sebab nak tunjuk kita kaya dengan kerusi baru...langsir baru...baju baju...nasib baik tak ada yang berbini baru di hari raya... kuih raya semua serba baru...nama pun dah bertambah pelik...mana kueh baulu tradisi dulu2....tak ramai yang buat kui baulu menggunakan bara api sabut kelapa di atas dan dibawah... pedih mata dok tiup api...

Pelik sungguh PRU13 ni....13 ni dah jadi angka special... sejak dari PRU 12 lagi, kempen untuk PRU13 dah mula...dan kini semakin rancak...Kali nie aku akan mengundi...calun nya masih misteri... biar aku yang tentukan..undi aku mungkin berharga dan boleh mengubah segala-galanya....satu undi weh.....

Wednesday, January 16, 2013

Miskin Sangat ke Kita .... ehhhh Bukan Orang Kita.

Selalu nya dekat-dekat Hari Raya .. bulan Ramadzan lah kiranya...banyak lah aktiviti menyumbang dan menderma. Ianya bertambah banyak sebab ada banyak promosi. Anak-anak yatim kat rumah kebajikan atau di asrama anak yatim waktu waktu begini akan dapat merasai makanan berbuka yangenak-anak...kadang-kadang di hotel bertaraf lima bintang. Dalam masa yang sama, hotel-hotel, dari yang tak ada bintang hingga ke berbintang-bintang banyak menawarkan bufet ramadzan, yang harga nya kadang-kadang hampir sama dengan kadar sewa bilik hotel 3 bintang. Kalau ada bufet ramadzan, harga di hotel tak kurang dari RM50...kadang kadang sampai RM250 per orang. mewah betui orang kita.

Daam masa yang sama, di bulan yang mulia itu, banyak lah cerita tentang golongan fakir miskin di paparkan samada dalam surat kabar atau pun media elektronik yang lain. Selalu nya di paparkan jugak pemberi sumbangan dan derma. Masjid Kampung Baru juga tak ketinggalan dengan bubur lambuk nya yang terkenal @famous itu. Dek kerana "kefamousan" bubuk lambuk Masjid Kampung Baru...ramai lah yang menumpang sekaki dua. Usaha pihak pengurusan masjid yang amat mulia itu mula di cemburui pihak lain atau pun setidak tidak nya menarik perhatian warga korporat. Sumbangan bahan mentah untuk bubur lambuk tu mula datang. Masjid lain pun mula juga menyumbang bubur lambuk ... dapat tahu kerana ianya terpapar dalam surat kabar atau TV. Ada lah para-para ADUN atau MP atau penyokong kuat mewakili bos mereka digambarkan sedang mengacau bubur lambuk sambil tersenyum mengadap kamera.

Bulan Ramadzan yang mulia sudah berlalu... cerita-cerita tentang kemiskinan dan sumbangan para dermawan tidak begitu gairah lagi...sesekali tertonton rancangan Bersama Mu... adalah para korporat atau ADUN atau yang sewaktu dengan nya tampil menderma. Masuk TV.... berlinangan lah air mata si penerima derma dan sumbangan....tapi sampai bila? Adakah air mata itu mengambarkan kegembiraan dan kesyukuran. Adakah airmata kesedihan akan muncul semula.

Terbaca majalah bulan Januari belian isteri mengambarkan sekeluarga si pengawal keselamatan yang menyewa sebuah bilik dengan RM250 sebulan. Tinggal bersama isteri dan tiga orang anak yang mana sorang dari nya, kanak-kanak perempuan mengidap penyakit saraf. Bantuan di perlukan!!!. Nasib beliau baik kerana pihak majalah dan wartawan dapat menghidu cerita nya....heran kenapa pihak majikan beliau tak tahu atau saja tak nak ambik tahu. Mungkin "Minimum Wage Order" atau Kadar Gaji Minima sebanyak RM900 bagi Semenanjung dan RM800 sebulan di Sabah dan Sarawak dapat mengatasi semua persoalan ini? Tak mungkin...jika ada anak-anak istemewa yang memerlukan rawatan istimewa dan kadar sewa dan kos sara hidup yang tinggi...jumlah itu tak mungkin dapat membantu...Macamana dengan golongan Gelandangan di KL yang semakin hari semakin bertambah...Macamana pulak golongan pelacur yang konon nya terpaksa melacur demi makan pakai anak-anak....

Teringat lah aku pada suatu pagi yang indah...aku sedang mengadap roti canai kosong dan teh tarik (harga RM2 all in) di satu warong di Pahang....3 jejaka muda makan nasi kuning berlauk kan kari kambing hampir penuh pinggan tapi sayang nya kari dan isi kambing banyak yang bersisa.... kaya sangat kah mereka atau sekadar tamak dan haloba....ikut nafsu kah mereka??? bila nak bayar, tentu empunya warong kena ambik kira berapa senduk isi kari kambing di ambil .. kalu satu senduk tentu lah harga sesenduk...tapi kalu dah 3 senduk???

Kita tak kaya...tak juga miskin...yang kaya selalunya menunjukkan kekayaan samada sedar atau tidak...samada riak atau tidak...Nasib..yang miskin belum ada yang mati kelaparan...rezeki ada di mana-mana...atau berita tentang kebuluran itu tidak di paparkan... nanti malu kita....

Memang ita tak miskin...setidak tidak nya bukan orang kita sebab bila ada bencana di luar negara...orang kita yang sibuk menderma... baik sungguh!!!!!