Wednesday, December 26, 2012

Hujan dan Kerja ....

Hari Ahad lepas, anak yang sulong teringin benar nak berkunjung ke Muadzam Shah...kebetulan nya mak nya pun ada di sini sebelum balik ke Bintulu. Untuk itu, aku dan keluarga termasuk anak yang bongsu pun bersetuju untuk menjemput anak sulong ni di Kuantan. Along naik bas dari Shah Alam pada jam 10.30 pagi dan hanya sampai pada jam 3 petang. Cuaca menarik dan sempat juga ronda-ronda kat Kuantan.

Hari Isnin, hujan turun lebat. Kat ladang pun lebat hinggakan tiada pekerja yang hadir kerja. Petang tu Kuantan dah mula naik air. Anak saudara kat Kuantan dalam posting Facebook nya ada muatkan gambar rumah sewa nya di masukki air.

Hari Selasa, keadaan banjir bertambah buruk... buruk sebab ramai yang dah kena pindah. Yang pelik, setengah-setengah tempat dulu jarang berlaku banjir kilat macam ni...emua nya akibat pembangunan yang mana pemaju hanya mementingkan peparitan dan saliran air dari projek masing-masing tanpa mengambil kira aliran keluar air dan kemana arah tujunya. Itu yang buat air tersekat dan akhirnya banjir kilat pun berlaku. Itu baru hujan 1 hari, bayangkan kalau hujan seminggu berterusan. Mau tenggelam satu bandar!!

Bila hujan, susah lah ladang nak beroperasi....jalan jadi licin...tapi antara sedar dan tidak,pekerja kadang2 seronok pulak dapat cuti walaupun tak ada gaji. Bak kata kawan aku si Zahar @ Banjore....pekena kopi o panas dengan karipap panas memang sedap waktu hujan-hujan ni.....

Friday, December 14, 2012

SUZUKI CUP 2012

KITA KALAH TAPI TETAP DALAM SUASANA BERJUANG.

Rajagobal akan jadi lagenda setelah menang juara suzuki cup sekali dan tewas dalam semi-final tahun 2012 tapi Apek? Aek si penjaga gol macho lagi glamor Malaysia kini sudah hilang taring...takkan sebab nak kawin kut....


Budak2 baru ada potensi...Suzuki Cup AFF akan datang lagi....kita pasti akan melawan tak kira apa jua keputusan nya...

Monday, December 03, 2012

Politik dan Persidangan Agong...

Bila PAS Muktamar ....berita di TV penuh dengan slot PAS tetapi banyak ke arah menghentam PAS terutama doa PAS mengenai meng"KO" UMNO.

Bila DAP buat persidangan nya...berita banyak tentang DAP tetapi tentang kekecuhan dan pergolakkan dalam DAP

Bila UMNO buat persidangan tahunan di PWTC.... penuh dengan berita UMNO dan UMNO banyak menghentam DAP, PKR dan PAS.... yang berita bergambar pulak kat surat kabar...berita usahawan dok berniaga kat PWTC, gambar sebak sedu orang orang UMNO mendengar amanat Presiden....

Tapi, dalam semua-semua persidangan dan muktamar, tak ada sangat cerita macamana nak naikkan harga minyak sawit  (kesian peneroka FELDA), nak naikkan pendapatan rakyat, infrastruktur dan fasarana yang masih perlukan perhatian, harga barang yang semakin naik dan banyak lagi lah....tak lara nak ulis...

AFF SUZUKI CUP 2012

Suzuki cup dah mai lagi...Permulaan yang tidak menarik sehinggakan pasukan Harimau Malaya di tukarkan kepada Hello Kitty...dari harimau menjadi kucing yang tak mengaum cuma mengeow. Semuanya bermula dari kekalahan game pertama dengan Singapura dengan 3 - 0. Fuhh...malu.

Banyak komen sehingga menjadi lawak mega apabila ada yang komen kerana Malaysia bergol-keeperkan seorang Apek, penyerang Mat Yo Yo dan jurulatih seorang Datuk.... hahaha

Game kedua, haluan komen bertukar apabila menewaskan Laos dengan 4 - 1. Selepas itu menewaskan musuh tradisi dengan 2 - 0. Pada Suzuki cup terdahulu, pasukan Harimau Malaya di bawa ke stadium dengan kereta perisai....masak ranum ler pemain kita tapi kita menang.

Ni nak turunkan komen komen selepas kekalahan pertama tahun 2012 ni...seronok jugak...

a) Selepas Indonesia kalah dengan Malaysia "...selamat pada team Malaysia....harimau Indonesia sudah lemah hutan tempat harimau hidup sekarang sudah jadi ladang kelapa sawit.he..he...

b) Selepas Malaysia kalah dengan Singapura " aku setuju dgn komen ..... Permainan masih di takuk lama pasal Rajagobal tak sunat lg."

c) Selepas Malaysia kalah dengan Singapura " Pemain masih trauma dengan bau ketiak pemain Bangladesh"

d) Selepas Malaysia menand dengan Laos " Hari nie, RajaGobal ada gh sikit... malam tadi menang 4 - 1. Ingat Laos draw dengan Indon dan Indon kalah dengan Singapore. Kita kena jumpa Indon...isshh susah nak agak. Jgn puji sgt si RajaGobal, terlebih puji jatuh merundum...patut2 lah."

e) Selepas Malaysia menang dengan Laos "Abramovich kecewa Rahjagopal tolak lamaran Chelsea....."

f) Selepas Malaysia kalah dengan Singapore " Ada org kata Harimau Malaya tak konsisten...aku bangkang!!! Kita konsisten apa...konsisten kalah atau draw...kalau menang dah kira tak konsisten ler...ehhh betui ke Harimau Malaya dah tukar kpd Hello Kita? Nie berita hangat. Kena pakai jersi pink kut".

Sori no... aku cuma ambik komen dari Muka Buku....