Friday, June 18, 2010

Acara Sibuk Tahunan

Seperti biasa, menjelang akhir tahun kewangan syarikat, aku menjadi sibuk, tertekan dan gelisah. Sibuk kerana pihak finance sibuk mendapatkan lapuran prestasi unit aku, mengkaji pendapatan dan juga maklumat untuk budget. tertekan kerana selalunya target tak dapat (sasaran tak realistik dan tinggi) serta gelisah kerana mencari apakah penjelasan yang sesuai untuk budget tahun depan serta prestasi yang tidak mencapai target.

Waktu-waktu begini, tidur malam tak begitu lena sebab banyak berfikir dan selalu mudah naik marah apabila ada yang cuba menyibuk atau buat perkara yang membengangkan.

Isu biasa ialah production tak capai target, pekerja tak pernah cukup, kos yang semakin meningkat ditambah dengan staf yang semakin kurang kerana resign.

Semuga hari-hari berikutnya menjadi semakin senang dan mudah.

Sunday, June 06, 2010

Boikot oh Boikot

Anda tentukan sendiri.... tiada paksaan jika itu dapat membantu.

Boikot Barangan Yahudi atau Israel ?

Serangan ala-lanun komando Israel terhadap kapal bantuan misi ke Gaza membuka mata dunia terhadap cara Israel melayan kemanusiaan. Mereka merasakan mereka besar apatah lagi apabila Amerika Syarikat berdiri utuh dibelakang mereka.

Maka, setiap kali perangai hodoh dan buruk Israel berlaku, macam-macam saranan di buat bagi mengajar Israel termasuklah memboikot barangan buatan syarikat Yahudi.

Melalui bog Ustaz Abdul Halim Abdullah- Inilah Jalanku.wordpress.com, terdapat senarai barangan barangan tersebut. Antaranya adalah barangan keluaran syarikat Yahudi atau jenama Syarikat Yahudi...
Rokok keluaran Phillip Morris seperti Malboro, Benson & Hedges, Winston juga Coca Cola, Mc Donald, Pizza Hut, KFC, Burger King, Barangan keluaran Nestle seperti Maggie, Nescafe, Coffee Mate dan Milkmaid, hasil karya syarikat Disneyland.

Lain-lain adalah Reebok, Converse, Calvin Klein, Boss, Ralph Lauren, Wrangler, Caterpillar, Produk Danone, produk Johnson & Johnson, Giorgio Armani, Lancome, Garnier, Donna Karan, Maybelline, L'oreal, Clinique, Tommy Hillfinger, DKNY, Aramis, Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, Gillette, Braun, Oral B, papermate, perker, Ajax, Palmolive, kellog, Levis, Heinz.

Senarainya memang panjang.

Persoalan nya, berdasarkan senarai yang ada, barangan tersebut adalah dari pengeluar dan jenama yang biasa kita gunakan malahan sesetengah nya adalah barangan harian seperti ubat gigi palmolive, minuman nescafe, coca cola, makanan segera pizza hut, Mc Donald, KFC dan sebagainya.

Cuma, apabila kita nak boikot, cuba fikirkan ada sesetengah barangan itu adalah sekadar Jenama Yahudi sepertimana KFC yang francis di Malaysia dikuasai oleh sebuah syarikat GLC Johor. Boikot kini memerlukan pertimbangan atas dasar apa boikot ini nak dilaksanakan. Kita tidak pernah terjumpa satupun barangan "Made in Israel" di Malaysia cuma jenama-jenama syarikat Yahudi. Malah bagaimana pula dengan Intel (pengeluar cip komputer) dan IBM.

Besar juga peranan ekonomi bangsa Yahudi ini!!! Kita nak boikot barangan Israel atau barangan keluaran Yahudi. Regim Zionis itu adalah regim pemerintah Israel. Rakyat Israel terdiri dari majoriti bangsa Yahudi beragama Yahudi, penganut Kristian dan juga Islam.

Amerika Syarikat mendukung Israel kerana ekonomi AS juga dikongkong dan dikuasai bangsa Yahudi (tak semestinya rakyat Israel) malahan dana kempen kebanyakkan kempen Presiden AS juga disumbangkan oleh bangsa Yahudi.

PBB dan dunia hanya sekadar mampu mengutuk serangan dan menggesa majlis keselamatan PBB mengecam Israel. Itu pun selalunya tak berjaya sebab kuasa veto AS. Melemahkan ekonomi Israel dan bangsanya mungkin berjaya tetapi ia memakan masa yang lama bagi menghancurkan ekonomi yang sebenarnya melibatkan barangan dan jenama pengguna yang tersebar di seluruh dunia.

Yang heran bangsa Arab masih gagal mengugat Israel dan AS walaupun pasaran minyak dunia dikuasai mereka... tapi ingat syarikat Minyak Amerika yang banyak menguasai padang minyak Arab. Kesian Iraq, kesian Saddam Hussein!!

Rasanya nak menghancurkan Regim Zionis ialah menghancurkan pemimpin zionis tetapi bukannya menghancurkan negara Israel dan bangsa Yahudi. Ada kelompok bangsa Yahudi juga mengecam tindakan regim zionis. Tapi BAGAIMANA? Itu yang semua orang pening... bukan saja orang Islam tetapi juga pemimpin di AS... mereka sebenarnya ingin sangat keluar dari rantai belenggu Regim Zionis yang didokong kuat oleh ekonomi mereka, kepintaran teknologi mereka dan "pembekal dana kempen Presiden AS".

Thursday, June 03, 2010

Lombok - Satu pengalaman

Ini adalah posting saya yang ke 200. Tajuk post kali ini ialah Lombok, dimana saya memberikan nya satu keistimewaan bagi menyambut posting ke 200. Ini kerana kehangatan berita tentang anak gadis Malaysia "di bawa lari" dan berkawin oleh lelaki Lombok.

Lombok terletak di Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia. Kedudukannya hampir dengan Pulau Bali, yang terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa. Di bahagian Timur Lombok ialah Sumbawa.

Saya ke Lombok sekitar pertengahan tahun 90an. Memang Lombok merupakan pulau yang cantik dan penuh dengan keaslian (waktu itu). Gunung yang tinggi dan masih aktif ialah Gunung Rinjani yang juga merupakan tulang belakang Lomok.

Menaiki pesawat kecil dari Surabaya, pernerbangan ini mengambil masa sekitar 30 minit. Menghampiri lapangan terbang, ketika pesawat mengurangkan ketinggian menghala ke landasan untuk mendarat, ternampak jelas kejernihan air lautnya.

Banyak yang menarik tentang Lombok walaupun agak kurang dari segi kemajuan. Rakyat Lombok majoriti Islam walaupun aada segelintir berketurunan Hindu Bali. Guide kami adalah Hj Ismail yang merupakan bapa kepada pekerja saya iaitu Syamsul. Bahasa atau dialek tempatan ialah Sasak tetapi Hj Ismail kurang arif menyebabkan kami terpaksa mendapatkan jurubahasa lain apabila mengunjungi kawasan pendalaman dimana dialet Sasak nya agak berbeza.

Kami menginap di Granada Hotel...sebuah hotel yang simple tetapi selesa. Ada mini zoo do hotel ini disamping sebuah "open Karaoke Lounge" yang menyediakan makanan dan minuman.

Atas urusan kerja, saya sempat melawat hingga ke Kecamatan Aikmel. Tujuan nya ialah untuk menyerahkan wang insuran pekerja kami yang meninggal ketika bertugas. Sambutan di kampung tersebut amat hebat. Kami dilayan begitu meriah walaupun sebenarnya kedatangan kami tidak dimaklumkan terlebih dahulu. Kedudukan tempat dan kampung ini sebenarnya dibantu oleh Hj Ismail. Seorang guru sekolah tempatan membantu untuk menjadi jurubahasa. Kampung ini amat daif namun penduduknya tidak merunggut. Dinding rumah diperbuat dari buluh yang dianyam. Sesetengah rumah, atap diperbuat dari lalang kering, yang mungkin di rawat terlebih dahulu.

Memasukki rumah tersebut, kami disuruh masuk dengan memakai kasut tetapi kami lebih rela membukanya sebab itu memang juga budaya melayu. Atas sebab keadaan yang tidak mengizinkan, kami memaklumkan kepada kedua-dua ibu bapa pekerja yang yang meninggal itu agar bersiap untuk mengikut kami ke Mataram untuk urusan pembukaan akaun bank (rekening) dan pembayaran wang insuran dan pampasan aruah. Dengan seadanya, mereka mengikut kami... si ayah, si ibu , seorang saudara yang agak berumur dan seorang kanak-kanak kecil (mungkin cucu).

Setiba di hotel penginapan, keadaan yang amat asing bagi keluarga ini menyebabkan mereka agak kurang selesa. Malahan apabila kami menguruskan urusan "check-in" bilik untuk mereka, mereka sekadar duduk di kaki lima hotel sehinggakan sekuriti hotel menegur dan mengarahkan mereka keluar. Ini gara-gara anggapan sekuriti itu mereka ini peminta sedekah ataupun mencerobohi masuk kawasan hotel. Apabila dimaklumkan bahawa mereka itu tetamu saya, maka sekuriti itu pun terus memohon maaf dan sedia memberikan bantuan.

Sesampai dibilik, saya terpaksa meminta seorang pembantu hotel untuk memberikan penerangan kepada keluarga ini tentang penggunaan tandas dan sebagainya. Agak asing bagi mereka.

Sebenarnya masyarakat Lombok benar-benar menghormati tetamu. banyak lagi cerita menarik yang akan saya kongsikan bila ada masa dan luang waktu.

Tuesday, June 01, 2010

Bulan Mei ... tahun ini dan tahun-tahun mendatang.

Antara sedar atau tidak, bulan Mei sebenarnya mempunyai lebih dari 31 hari... bermula dengan Hari Pekerja (saya lebih suka Hari Pekerja dari hari Buruh), Hari Bomba, Hari Jururawat, Hari Guru, Hari Tanpa Tembakau dan macam-macam hari lagi.

Bulan Mei juga membawa banyak kenangan dan cerita. Banyak tempat sibuk tanpa gula di kedai dan waktu inilah banyak iklan dan dokumentari tentang bahayanya gula. Tapi tahu kah kita, tauke gula Malaysia adalah orang terkaya di Malaysia! Bisnes gula dah macam monopoli... macam bisnes beras. Kedua-dua barang ni adalah barang kawalan dan diberikan subsidi. Ada ura-ura bahawa subsidi akan di kurangkan secara berperingkat bagi mengurangkan defisit negara disamping membantu mengurangkan perbelanjaan negara. Yang lebih penting, usaha ini bagi menggelak Malaysia menjadi negara Muflis menjelang 2020. 2020, satu gagasan TDM dimana Malaysia diharapkan menjadi negara maju dengan cabaran-cabaran tertentu. Namun pengurangan subsidi ini, yang bakal mengurangkan belanja kerajaan sebanyak RM103 billion ini sesuatu yang tidak difikirkan sebagai satu cabaran menghadapi 2020.

Apa yang pasti, setiap kali ada pilihanraya kecil, banyak wang dan janji ditaburkan. Persoalannya dimanakah sebenarnya defisit kerajaan? Wang yang dijanjikan itu wang siapa, jika bukan wang rakyat. Bertaburanlah menteri dan penyokong menyerbu sepertimana berlaku di Sibu. Tidak kurang juga para pembangkang. Itu satu perbaziran... bulan kayuh basikal dari Putrajaya... tentu naik kapalterbang (belon kata orang Sarawak).

Samy Velu pun satu hal. Bulan Mei 2010 menjadi mimpi buruk kepada SV. Akibat tekanan demi tekanan SV dikatakan sudah menjadi Semi-Value. Sebenarnya banyak sudah jenaka dan lawak kedai kopi menggunakan atau mengaitkan SV. Hanya dia saja yang tak tahu sebab dia minum kat Bistro atau Hotel mewah. Tentang GAS pulak, itu tindakan orang kecewa...penyokong saja yang tak sedar. Itu politik. Kata TDM, baik berundur sebelum orang benci. Orang dah benci pun!! GAS tak kemana, semuanya atas SV, kalu dia turun, GAS kata itu satu kemenangan, SV pulak akan kata, masa nya sudah sampai.

Serangan Israel terhadap kapal-kapal bantuan Gaza juga mengakhiri cerita bulan Mei 2010. Dunia hanya setakat mengecam..mana ada tindakan tegas. Obama tak boleh buat apa, sebagai "the first black in white house", Obama sebenarnya dikelilingi oleh orang Yahudi baik di Kongres atau pun di dalam kelompok ekonomi dan "funder" Obama. Kalau OSama buat begitu, dunia akan bising dan serangan akan dibuat walaupun tanpa restu PBB. Jadi tak silap lah kalau OBAMA dan jadi Oh-Dah-Sama dengan Osama. Cuma, Osama menentang penindasan terhadap kemanusiaan Islam sedangan Obama membantu Israel menyerang bantuan kemanusiaan.

Obama boleh terus tersenggih, isterinya akan terus bergaya dengan pakaian mewah dan berjenama... tapi Palestin tetap disitu dengan penindasan. Ingatlah bangsa Palestine bukan semuanya Islam, malahan kabinet nya juga ramai orang Kristian. Maka ini adalah soal bangsa bukannya Ugama.

"Muka Buku" atau Facebook, yang terkenal sebagai rangkaian sosial yang meluas, membuatkan Mei 2010 menjadi lebih dikenang dengan membiarkan pihak anti-Islam menggunakan rangkaian ini untuk menghina Islam melalui slot "melukis gambar Nabi Muhamad". Manusia anti-Islam ini tahu bahawa itu sesuatu yang sensitif tetapi itulah api yang cuba dimainkan.

Mei akan meninggalkan kita dengan sambutan Gawai.