Thursday, February 11, 2016

PEKERJA ASING DENGAN ATAU TANPA IZIN ( PADI ATAU PATI)

Kadar penganggoran Malaysia di anggarkan sekitar 3%. Tapi yang paling menarik ialah pekerja asing di Malaysia di anggarkan sekitar 2.1 juta (PADI) dan hampir 4 juta lagi adalah PATI. Ini menjadikan jumlah nya lebih 6 juta. Ramai jugak pekerja asing ini menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian, peniaga di pasar malam, membuat kerja kerja pengubahsuaian rumah hingga lah menjadi sub-kontrektor membersih bangunan dan jalan.

Isu berbangkit sekarang ialah cadangan membawa masuk hampir 1.5 juta lagi warga Bangladesh ke Malaysia. Jika yang berada di Malaysia secara haram tidak di tangkap dan di hantar pulang, kemasukkan pekerja Bangladesh ini akan menjadikan jumlah pekerja asing di Malaysia melebihi 7.6 juta. Ini sudah hampir 25% dari keseluruhan rakyat Malaysia yang dianggarkan seramai 30 juta orang. 25% ini adalah jumlah yang amat besar.

Maka sudah ada suara-suara yang mendesak kerajaan mengkaji semula cadangan kemasukkan pekerja warga asing dengan jumlah yang besar ini. Malah, kerajaan sepatutnya mensasarkan sifar pekerja asing tanpa izin melalui penguatkuasaan di sempadan serta lokasi pekerjaaan pekerja ini dan serterusnya menghantar mereka pulang. Kos menghantar mereka pulang harus lah di tanggong oleh para majikan yang menggaji mereka. Penghantaran pulang perlu di hantar segera bagi mengelakkan kos lain yang terpaksa di tanggong oleh kerajaan Malaysia sekiranya PATI ini di tangkap dan di tempatkan di pusat tahanan. Bayangan kos memberi makan sahaja boleh mencecah jutaan ringgit sehari sekiranya ada 200,000 PATI dalam kem tahanan dengan kos makan sehari hanya RM5. Semua ini adalah duit rakyat dan pembayar cukai.!!! Belum lagi kos tenaga kerja, penyelenggaraan, bekalan letrik dan air.

Umum sedar bahawa dengan levi yang di kenakan oleh kerajaan pada kadar purata RM800/orang/tahun (belum kadar baru yang di cadangkan), kerajaan bakal memperolehi pendapatan sejumlah RM4,000,000,000 setahun untuk jumlah 5 juta pekerja asing dengan izin. Selain dari itu, para klinik dan hospital panel FOMEMA turut mendapat pulangan dari caj pemeriksaan kesihatan yang wajib bagi pekerja asing setiap kali hendak memperbaharui permit kerja masing-masing. Bayangkan jika cadangan kerajaan menaikkan levi hingga ke purata RM1500/orang/tahun yang membolehkan perolehan kerajaan meningkat kepada RM7,500,000,000 setahun.

Tapi, bagaimana dengan kedudukan dan suasana sosio-ekonomi rakyat tempatan? Bagaimana pulak dengan gejala-gejala tidak sihat yang di bawa masuk bersama-sama pekerja asing ini? Bagaimana dengan pertembungan budaya? Malah sekarang ini pun sudah ada banyak kes jenayah melibatkan warga asing....sudah banyak penyakit baru yang timbul.

Kita belum lagi memperkatakan warga negara asing yang menyamar sebagai pelajar di kolej dan universiti tempatan. Itu pun belum lagi di kira para GRO dan wanita-wanita asing yang bekerja di lubuk-lubuk maksiat.

Kena fikir ini semua...


No comments:

Post a Comment