Tuesday, March 27, 2012

Apahal...

Lama tak menulis..cuma sekadar menumpang lalu. Mungkin masa kut...atau masa sengaja di jadikan alasan.

SPM telah keluar..para pelajar samada sibuk mencari peluang-peluang yang ada untuk menyambung pelajaran atau mungkin setengah-setengah nya merancang untuk bekerja saja. SPM sekarang dah tak mcm dulu..

Universiti kerajaan dan swasta banyak dan menjadikan pilihan agak besar. Tak macam dulu. Cuma kualiti universiti dan juga kurus yang ditawarkan menjadi persoalan. Anak aku dapat 2 surat dari Segi kolej. Tak tau dari mana dapat alamat dan juga kenapa sampai 2.

Buat masa ini anak aku tengah sibuk buat kerja part-time. Biar dia. Tapi bab belanja, kita mak ayah masih kena tanggung. Kerja ni sebab dia boring tunggu lama sebelum sambung belajar dan juga nak cari duit..ada lah benda yang dia nak beli tu. Abang dia dulu tekad beli telefon...kerja sebulan jer!!.

Tengah ruang iklan tawaran biasiswa, semuanya nak 9A...kalu kurang susah lah...jawabnya PTPTN...kena buka akaun SSPN dulu.

Entah apa nak jadi dengan sistem pelajaran, keperluan tenaga kerja dengan kualiti mahasiswa massa depan..jangan terlalu melambak di pasaran mcm lulusan kolej nursing. Banyak betui termasuk lah yang swasta. Iklan kerja kastam dengan imigresen jarang malah lama tak nampak. Askar dengan polis adalah. Kalu dapat masuk akademi kastam atau imigresen, keluar tentu dah confirm ada kerja...atau masuk maktab atau institut penguruan...sah jadi cikgu....cuma ada yang masuk institut perguruan sekadar last choice...hancur lahh budak-budak nanti kalu tak ada kesungguhan, minat dan komitmen guru macam tu...dan selalunya cikgu kawin dgn cikgi....betui kan??

No comments:

Post a Comment