Bangun pagi terasa ada kelainan.Di luar nampak macam kabus tebal..maklumlah dah lama tak hujan. Dah dekat seminggu tak hujan walaupun dengar cerita di Utara sana ada ribut dan hujan sehinggakan katanya dah ada tanda-tanda akan banjir jika ujan berterusan..malah kawan dalam FB cakap "the common word now is H2O atau air".
Bila mentari @ matahari meningkat tinggi , jelas suasana masih kelabu berasap. Tanya pada isteri, jerebu ke atau ada sapa2 bakar sampah. Isteri jawab kata ada orang bakar sampah. Dah tengahari, cuaca nampak berjerebu...jelas memang sah jerebu tapi bukan dek kerana ada orang dekat2 sini yang bakar sampah...ini lebih dari bakar sampah.
Lewat petang...berita di radio mula bercerita tentang jerebu yang mula melanda...beberapa bandar telah mulai mengalami index udara yang teruk. memang benar, jelas benar asap jerebu yang melanda....katanya terdapat beberapa titik panas dikesan di Semenanjung dan juga diSarawak...adakah pembakaran utan atau tanah ladang di Sumatera jugak menjadi penyumbang?Jangan kita asyik nak menyalahkan orang lain...jaga dulu kampung halaman kita...
Senang saja jawapan nya...jerebu is back...jerebu adalah satu musim baru yang perlu kita tempuhi setiap tahun selain dari musim hujan dan musim panas...maka kita sudah ada 3 musim ketara....musim hujan...musim panas dan musim jerebu...bersiap lah dengan penapis hidung....aduh!! dah pedih mata!!!!