Sekadar Menumpang Lalu .... nama saja cukup mengambarkan isu isu yang di bangkitkan.
Saturday, June 02, 2012
Reunion, Cuti dan Meeting
26hb -27hb May yang lepas, aku hadiri majlis Reunion kat SMSTSP kat Perlis. Ni kira Reunion Jubli Emas...bukan sempena sekolah tu menyambut ulangtahun ke 50 tahun tapi kami selaku alumni sekolah ni yang lahir pada tahun 1962 dan bersekolah kat SMSTSP tu dari 1075-1979 akan telah dan akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 50. Ada lebih kurang 53 yang hadir dari sejumlah hampir 120 orang. Kira ok lah sebab ramai yang sibuk dengan keluarga dan urusan masing-masing yang kebetulan pula ketika sekolah baru bercuti. Aku kira yang paling jauh sebab terbang dari Sarawak. Terasa macam waktu muda-muda dulu bila berjumpa kawan-kawan lama, yang setengahnya tak pernah berjumpa selepas tamat tingkatan 5. Soalan lazim...kerja tang mana, anak berapa, duduk tang mana? Terpaksa ada sessi memperkenalkan diri sebab ramai yang betui-betui berubah hingga tak perasaan langsung. Ada 2 orang yang betui-betui berubah...sorang lelaki berbangsa cina yang kini telah memeluk Islam yang menjadi orang kuat NGO berkaitan dengan saudara baru....Antara statement dia ialah "dalam setahun ada lebihkurang 250 orang memeluk Islam di Pulau Pinang tapi tak sampai 10% yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Kebanyakkan Islam disebabkan perkawinan dan tak banyak yang sudi membentuk, mengajar dan memimpin saudara baru ni" Lagi satu...bila bangsa lain memeluk Islam...selama mana pun dia dikenali sebagai saudara baru..walaupun dah 25 tahun!!!
Aku memang bercuti, tapi terpaksa kerja jugak sebab ada budget review. Kena buka e-mail, jawab e-mail dan hantar e-mail. Terpaksa siapkan data untuk persiapan budget tu.
Yang bestnya budget review pada 2hb Jun 2012, ketika cuti umum Hari Keputeraan Agong dan dalam masa yang sama hari kedua sambutan Gawai di Sarawak...dah lah cuti tahun, kena pulak cuti am, terpaksa kerja. Bila tengah drive dari Terengganu ke KL, beberapa kali terpaksa menjawab telefon, menghantar SMS dan membelek e-mail untuk maklumat terkini...yang teruk bila manager-manager dan eksekutif aku turut mengambil kesempatan cuti minggu yang panjang keluar...susah nak hubung dan dapat maklumat. Seperti dijangka, masak aku kena dengan CEO....tapi tahan aje lah...kerja!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)