Sempena menjelangnya Tahun Baru 2009 serta hanya beberapa hari selepas menyambut Maal Hijrah, ruangan ini muncul sekadar menumpang lalu, memberikan pendapat peribadi di samping tidak ingin terus membisu memerhati keadaan sekeliling. Macam-macam hal berlaku, semuanya dapat di baca melalui suratkabar harian, perbualan di kedai kopi, menonton tv atau pun melalui corong radio. Itu belum lagi melalui majalah-majalah yang berlambak-lambak, papan-papan iklan serta poster-poster di jalanan.
Hari-hari terdengar saja cerita pasal ahli politik bertikam lidah di parlimen sebab ideologi dan pendekatan politik yang berbeza, kemalangan jalan raya, maksiat, jenayah, perang, ekonomi yang merudum sejak kebelakangan ini, orang-orang yang konon nya membantu rakyat tetapi sebenarnya tamak kuasa atau mencari kekayaan peribadi atau kroni, dan, seribu lagi rencah berita. Semuanya menjadi modal penerbit suratkhabar, syarikat penyiaran malah berita-berita sensasi dan yang terkini boleh menjamin kemasukkan banyak tempahan untuk ruangan iklan.
Jadi, apalah salahnya, menjelang tahun baru ini, atau selama yang boleh, saya ingin sekadar menumpang sedikit ruang yang ada untuk menghurai serta menterjemahkan apa yang dibaca, di dengar atau dipandang, menjadi satu pandangan peribadi yang ikhlas.
Apapun, biarlah harga minyak dunia terus turun, harga barang juga ikut turun, dunia makin aman, manusia cukup selesa dengan kesederhanaan yang ada, biar Palestin dan Israel duduk semeja atau apa-apa jua yang baik-baik saja