Sekadar Menumpang Lalu .... nama saja cukup mengambarkan isu isu yang di bangkitkan.
Saturday, June 02, 2012
Reunion, Cuti dan Meeting
26hb -27hb May yang lepas, aku hadiri majlis Reunion kat SMSTSP kat Perlis. Ni kira Reunion Jubli Emas...bukan sempena sekolah tu menyambut ulangtahun ke 50 tahun tapi kami selaku alumni sekolah ni yang lahir pada tahun 1962 dan bersekolah kat SMSTSP tu dari 1075-1979 akan telah dan akan menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 50. Ada lebih kurang 53 yang hadir dari sejumlah hampir 120 orang. Kira ok lah sebab ramai yang sibuk dengan keluarga dan urusan masing-masing yang kebetulan pula ketika sekolah baru bercuti. Aku kira yang paling jauh sebab terbang dari Sarawak. Terasa macam waktu muda-muda dulu bila berjumpa kawan-kawan lama, yang setengahnya tak pernah berjumpa selepas tamat tingkatan 5. Soalan lazim...kerja tang mana, anak berapa, duduk tang mana? Terpaksa ada sessi memperkenalkan diri sebab ramai yang betui-betui berubah hingga tak perasaan langsung. Ada 2 orang yang betui-betui berubah...sorang lelaki berbangsa cina yang kini telah memeluk Islam yang menjadi orang kuat NGO berkaitan dengan saudara baru....Antara statement dia ialah "dalam setahun ada lebihkurang 250 orang memeluk Islam di Pulau Pinang tapi tak sampai 10% yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam. Kebanyakkan Islam disebabkan perkawinan dan tak banyak yang sudi membentuk, mengajar dan memimpin saudara baru ni" Lagi satu...bila bangsa lain memeluk Islam...selama mana pun dia dikenali sebagai saudara baru..walaupun dah 25 tahun!!!
Aku memang bercuti, tapi terpaksa kerja jugak sebab ada budget review. Kena buka e-mail, jawab e-mail dan hantar e-mail. Terpaksa siapkan data untuk persiapan budget tu.
Yang bestnya budget review pada 2hb Jun 2012, ketika cuti umum Hari Keputeraan Agong dan dalam masa yang sama hari kedua sambutan Gawai di Sarawak...dah lah cuti tahun, kena pulak cuti am, terpaksa kerja. Bila tengah drive dari Terengganu ke KL, beberapa kali terpaksa menjawab telefon, menghantar SMS dan membelek e-mail untuk maklumat terkini...yang teruk bila manager-manager dan eksekutif aku turut mengambil kesempatan cuti minggu yang panjang keluar...susah nak hubung dan dapat maklumat. Seperti dijangka, masak aku kena dengan CEO....tapi tahan aje lah...kerja!!!!

Wednesday, May 02, 2012
BERSIH
Hahaha...himpunan Bersih 3.0 kali ni memang hebat...hebat dari sebelumnya dan berjaya dalam merosakkan imej Malaysia dan PM di mata dunia. Tapi apa faedah nya? Kalau nak merosakkan imej negara dan harta benda orang awam dan negara. Tak ada apa yang nak di banggakan. Ganas??? Itu bukan budaya kita.
Bila nak di bincangkan di Parlimen, pembangkang tak nak pulak. Bersih 3.0 pulak konon nya bukan naugan parti pembangkang tapi mereka lah sebenar nya tunjang dan juga ekor...
Jadi teringat ah saya tentang bersih yang ibarat mesin basoh....mungkin bersih kain di basoh tapi adakah ianya menyucikan. Mandi dulu dengan air bersih, pakai baju bersih dan cermin dulu.
Kalau SPR dan PRU itu kotor, takkan Kedah, Selangor, Pulau Pinang jatoh ke Pembangkang disamping Kelantan yang terus di terajui oleh PAS.
Rosak negara dek BERSIH yang tak seberapa BERSIH!!!!

Monday, April 09, 2012
Kenapa harus stress?
Bila bos nak melawat saja..terus rasa stress. macam-macam nak kena fikir ..dari hal operasi sampai ke ha tempat dia nak bermalam. Bilik guest kita bukan macam hotel..semua lengkap. Nie site dalam hutan.
Nasib, segala dah selesai, bos @ CEO dah berangkat pulang. Kepala terus rasa lega...soalannya kenapa?
Selalunya takut di tegur secara keras, atau yang memalukan. Setengah CEO cakap lepas, tak fikir perasaan orang. Kadang kadang macam nada mengugut nak buang orang. Bila jadi begini, kita selalunya akan bekerja dan berfikir hanya apabila ada visit, bila dia dah balik, semua terasa lega dan nak relax. Sepatutnya kerja mesti macam biasa, tapi demand immediate bos tu lebih2. CEO tak lah pulak. Immediate bos dah jadi macam nasi tambah. CEO tak ada apa2 , dia pulak nak tunjuk lagak.
Anyway, aku dah tak stress lagi. kena teruskan kerja dan buat apa yang sepatutnya aku buat ikut tugas dan tanggongjawab.
CEO aku dah kata " Keep it Up"...good luck!!

Tuesday, March 27, 2012
Mukah
Bintulu tak lah famous sangat...setidak-tidak nya sebelum aku menjejaki kaki mencari rezeki di bumi Sarawak. Perjalanan aku di Sarawak bermula di Mukah..yang pada yang sama mak aku nak ke mekah..menunaikan haji. Mukah itu aku, Mekah itu mak aku.
Mukaah satu bandar yang amat menarik. Bertuah aku berpeluang bekerja di situ. Majoriti orang Melanau samada Islam atau Kristian. Yang menarik, semua Melanau nama ada "bin", macam orang Islam, tak kira Muslim atau Kristian. Serba salah jugak bila nak bagi salam..takut tersilap.
Hidup di Mukaah memang harmoni, tolerasi memang best. Kadar jenayah memang kurang. Yang menarik, penggunaan basikal amat ketara erutama budak-budak sekolah termasuk lah anak aku. Budajk sekolah ni seolah olah control jalan bila berbasikal balik dari sekolah...kereta atau lori kena bagi jalan. jangan main-main...orang Mukah seolah-olah kenal antara satu sama lain dan yang paling aku respect, mereka menghormati ugama dan bangsa lain. Faham adat resam. Bab makan, jangan risau sangat.
Nak ke Mukah, dekat dengan bandar ...dulu kena naik feri. Kalau time cuti macam hari raya atau nak gawai, sah kena beratur panjang..kadang-kadang berjam-jam. Sekarang, jambatan dah siap...senang.
Muka bumi Mukah rata sebab secara am nya dari jenis paya tanah gambut. Ikan memang fresh....udang bermusim dan yang best bila musim bubuk...udang kecik buat belacan.
Mungkin kenangan terbaik ialah melapur diri ke Mukah menaiki pesawat Twin Otter dari Kuching...
Terus terang, banyak yang baik tentang Mukah...susah nak di tuliskan. Dah lama tak ke Mukah...mungkin banyak yang dah berubah. KFC pun dah ada....supermarket pun ada. Hote pun dah banyak. Jangan lupa ke pesta Kaul di Mukah..selalunya di bulan April....

Apahal...
Lama tak menulis..cuma sekadar menumpang lalu. Mungkin masa kut...atau masa sengaja di jadikan alasan.
SPM telah keluar..para pelajar samada sibuk mencari peluang-peluang yang ada untuk menyambung pelajaran atau mungkin setengah-setengah nya merancang untuk bekerja saja. SPM sekarang dah tak mcm dulu..
Universiti kerajaan dan swasta banyak dan menjadikan pilihan agak besar. Tak macam dulu. Cuma kualiti universiti dan juga kurus yang ditawarkan menjadi persoalan. Anak aku dapat 2 surat dari Segi kolej. Tak tau dari mana dapat alamat dan juga kenapa sampai 2.
Buat masa ini anak aku tengah sibuk buat kerja part-time. Biar dia. Tapi bab belanja, kita mak ayah masih kena tanggung. Kerja ni sebab dia boring tunggu lama sebelum sambung belajar dan juga nak cari duit..ada lah benda yang dia nak beli tu. Abang dia dulu tekad beli telefon...kerja sebulan jer!!.
Tengah ruang iklan tawaran biasiswa, semuanya nak 9A...kalu kurang susah lah...jawabnya PTPTN...kena buka akaun SSPN dulu.
Entah apa nak jadi dengan sistem pelajaran, keperluan tenaga kerja dengan kualiti mahasiswa massa depan..jangan terlalu melambak di pasaran mcm lulusan kolej nursing. Banyak betui termasuk lah yang swasta. Iklan kerja kastam dengan imigresen jarang malah lama tak nampak. Askar dengan polis adalah. Kalu dapat masuk akademi kastam atau imigresen, keluar tentu dah confirm ada kerja...atau masuk maktab atau institut penguruan...sah jadi cikgu....cuma ada yang masuk institut perguruan sekadar last choice...hancur lahh budak-budak nanti kalu tak ada kesungguhan, minat dan komitmen guru macam tu...dan selalunya cikgu kawin dgn cikgi....betui kan??

Friday, February 10, 2012
Tumpuan Utama...Pilihanraya
Sarawak tentunya kubu kuat BN di Parlimen. Ni tempat yang paling penting...tapi di Sarawak...suasana nya lain...hangat sebelum pilihanraya tapi bila keputusan keluar ceritanya lain terutama di kawasan pendalaman. Kawasan bandar memang susah BN kecuali ada sesuatu yang magis berlaku. Komponen yang ada pun dok berkonfrontasi...
Bibit perang pilihanraya di Sarawak dah mula dengan perbutan jawatan dalam parti..tak kiralah BN atau pembangkang. Yang aku tau, kedai buat poster dah mula standby...bendera tak payah nak cakap...standby!!
Nak minta projek kecik yang lulus segera...kira senang sangat, ayat saja yang kena betul dan dengan sapa nak minta. BR1M nie satu kelebihan untuk kerajaan...pembangkang cuma boleh melalak..orang dia pun dapat dan ambik jugak.
Nie aku nak buat macamana? Nak balik mengundi tak berbaloi...tambang k/terbang, makan, minum, hotel dengan terpaksa korban cuti..paling tidak 3 hari. Hak mengundi...mana hak aku...tak mengundi depa dok hebuh kata kita tak tau guna hak mengundi dan jugak bukan rakyat yang perihatin...
Macam-macam ....

Subscribe to:
Posts (Atom)