Thursday, June 30, 2011

Seronok Tengok BERSIH dan Hero-Hero Lain nya.,

Hah,,, banyak nak jadi adiwara...nak jadi hero... nak jadi champion... BERSIH mula nak demo, lepas tu ada pulak Pemuda UMNO dgn PERKASA nak tentang..cara demo jugak. Lapuran Polis rasanya dah beribu. Kesian Polis...terima repot, buat pemantauan lepas tu kalu jadi demo...kena lah bertegas dan berhempas pulas...last last orang kutuk pulak polis..kata polis kejam la dan macam-macam lagi.

Aku nak tenok demo-demo semua berdemo.. lantak lah mu. Aku tengok live kat TV kalu ada... hari cuti pulak tu. Bagus lah..tak payah tengok cerita ulang tayang kat ASTRO yang dah jadi ASTERUK....

Tengok Astro First saja dah RM15... baik aku beli CD cetak rompak... baru RM5.. gambarq clear jugak.

Thursday, June 02, 2011

Barang Naik dan naik....

Sejak duamejak ni, banyak harga barang yang dulunya barangan terkawal di naikkan harga. Sebab kenaikkan ialah penyelarasan dan merasionalisasikan harga..Antara yang dah naik ialah gula, minyak petrol RON 97, tarif elektrik (terpilih kategorinya) dan terbaru diesel super subsidi untuk lori komersial.

Ni baru aku tahu ada diesel super subsidi untuk lori komersial. Bila harga diesel dan petrol naik...gerenti harga barang lain pun naik..

Kita tengok pulak bila gaji akan naik sebab bila gaji kakitangan kerajaan naik, harga barang pun naik...macamana orang kampung yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap..

Aku pun dan tak tahan dengan keadaan kerja sekarang yang makin mencabar dan nak berenti pulak dah jadi serba salah dengan harga barang yang naik, perbelanjaan yang meningkat dan anak2 semakin membesar dan belajar di pusat pengajiaan tinggi. kena teruskan lah kerja walaupun hati semakin membengkak, kepala semakin kusut dan perasaan tak pernah tenang.

Cukup bulan bayar hutang dulu........

Wednesday, April 27, 2011

Lama-lama tak tulis..banyak cerita Pilihanraya Sarawak

Kira lama tak jengok blog ni. Sebenarnya banyak cerita. Dari pilihanraya kat Sarawak sampai ke cerita video Anwar Ibrahim.

Heran tapi bukan ajaib sebab dah jadi berita sensasi sampaikan waktu kempen pilihanraya kat Sarawak, tuai rumah kat Kapit pun ada tanya Anwar Ibrahim pasal video tu. Katanya Anwar tak jawab tapi terus belah dan esoknya katanya ke luar negeri. Sibuk betul!!

Pilihanray Sarawak, keputusannya menguntungkan orang Sarawak walaupun PKR dan DAP menambah kerusi. Dengan keadaan sebgitu serta janji2 kerajaan semasa kempen, tentulah janji-janji itu akan menjadi kenyataan , samada cepat atau lambat. Itu penting untuk BN jika berlaku PRU. Sarawak menyedia dan menyumbangkan kerusi Parlimen yang agak besar. Begitu jugak Sabah.

Katanya harga minyak akan naik jika BN menang kat Sarawak. Ada yang sibuk menyebarkan cerita angin ni. Sampai sekarang, itu jelas penipuan.

Bab pilihanraya di Sarawak, sebagai orang luar yang bekerja di sini...perkara-perkara yang menarik ialah;
a) kempen di Sarawak amat aman kecuali bila ada unsur dari Semenanjung yang muncul dengan budaya berkempen ala politik Semenanjong.
b) lepas kempen, poster, banner dan kain pemidang ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah dan cepat.
c) Rakyat Sarawak telah menjalankan tanggongjawab mereka sebagai pengundi. Keputusan sebagai di jangkakan dan BN masih memerintah dengan 2/3 majoriti.
d) KM angkat sumpah pada malam keputusan pemenang di hebahkan. Cepat!!
e) Cerita-cerita kempen sebelum Pilihanraya cepat hilang dan lenyap kecuali cerita politik yang dibawa oleh media perdana di Semenanjong.

Sarawak...kamu memang hebat.

Hari pekerja tak lama lagi, banyak program nanti.

Wednesday, March 16, 2011

Final Project

Final project aku dah nak kena submit... isi dan bahan dah ada, yang lemah nak di olah, di analisis dan dikarang menjadi satu project paper. Dah minta tangguh..cuma dapat 4 hari. Kerja aku pulak tengah bertimbun...survey jalan, meeting kilang, hal operation...macam-macam lagi. Pening...sehingga semalam aku terlupa yang sebiji nasi pun aku tak telan..Nasib baik ada maggie asam laksa...aku campur dengan sambanl kerang..boleh lah...

Tanya member, dia pun tak siap lagi...week end ni baru boleh submit..lega sikit ..kira ada gang..tu yang lemah nie, dah jadi macam resam kita orang Malaysia.... last minute. melayu, Cina, India sama saja...tengok masa nak bayar saman trafik...last-last tak sempat. kerajaan tambah tempoh pulak..tu yang buat semua orang asyik last minute... termasuklah aku...

Thursday, March 10, 2011

Bisnes On-Line

Banyak betui kempen pasai bisnes on-line. Banyak mengaku bukan MLM..tak payah menjuai, duduk di rumah mengadap komputer, duit ribu-ribu masuk. Menarik...

Dalam bisnes on-line, ada jugak yang sebenarnya mempromosi barangan atau produk masing-masing. Tapi yang dok nampak kebanyakkan nya jual baju perempuan, kain tudung dan yang lebih popular "ubat dan alat kuat". Faham-faham saja lah...

Dalam pada itu, internet , e-mail dan juga Facebook, banyak betul "con-man and con-woman". kerap betul dapat e-mail dan mesej macam tu. Yang menarik nya, umpan duit berpuloh-puloh juta dalam mata wang Euro dan Dolar Amerika. Kadang-kadang kata kita menang peraduan yang sebenarnya kita tak pernah masuk pun. Dari mana dia orang dapat info kita..tak tahu.

Cuma yang pasti, setiap umpanan tu diakhiri dengan meminta kita menghubungi orang-orang tertentu dengan memberikan maklumat lengkap kita, dari nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, e-mail address dan segala-gala nya.

Jawapan nya ialah "DELETE" . Habis cerita!!

Tuesday, February 01, 2011

RON97 dan Tol

2 laluan lebuhraya bertol akan di tamatkan pada Mei 2011. Dalam pada itu, konsesi tol yang lain mungkin tidak dinaikkan kadar tol nya.

Yang naik ialah minyak Ron97...dah kerap naik..sekarang RM2.50 dari RM2.40. Ikut jangka waktu sebgini, rasanya akan naik lagi dalam beberapa lama lagi. Barang lain tak tahu lah...mungkin naik jugak.

Orang luar dari seberang dan juga di utara hanya boleh beli Ron97, dia orang tak kisah sebab siapa sangat yang nak periksa. Nak check IC, bagi kawan rakyat Malaysia yang drive kereta tu.

Gaji tak naik jugak..kalu naik, kesian pulak kat orang kerja kampung. Tiada pendapatan tetap atau bonus tahunan yang selalu di minta oleh CUEPAC.. kerajaan bagi jugak. Yang untung kedai-kedai... malah kedai assessori kereta pun.

Dulu seorang Penolong Pengurus Ladang pada awal tahun 80an, gaji basic RM1300, sekarang gaji basic bagi jawatan yang sama masih RM1300. Yang nampak naik nya ialah kakitangan gomen...harap-harap prestasi kerja pun naik jugak...

Kat pejabat Tabung Haji Bintulu....aku respect their service. pergi Bank Islam, servis very..very slow.. Belum lagi BSN...lagi hampeh..tak tahu lah teknologi dan sistem apa yang dia orang pakai. Nak bank in duit, kena ambik nombor dan beratur..mahu sejam lebih. Apasal tak ada cash deposit machine....Pelanggan ramai...tapi servis slow!!!

The best is still Public Bank...servis tip top..walau mana cawangan sekali pun...

Tuesday, January 25, 2011

SMS Misteri Dari Seorang Yang Misteri

Hari ni dapat satu sms yang penuh misteri...apa-apa pun, penulis atau orang yang menghantarnya adalah pengecut dan tentunya macam cacing kepanasan.

Begini lah bunyi sms yang di terima;

"im trying to be good. but dfficult f smeone telling lie. am i clever drinking beer? Mr arun. or other than me and ur girl wd u. has anther wman? wow! Hw trible u are. my god! U will not die f u tel d true. right? saying im illegal now? Who tel u that? wait ok u wnt stop talking nonsense. fine cntinue. bcoz of u i lost my job. all bcoz of u. ruined my life. i have dgnity. not prstitute. not like u. flexible.f u r a girl u r one of d cheapest. very itchy. my fmily dnt knw about me. i am shy to let them knw. dat u cheat me."

persoalan nya...siapa lah mamat ni... dia hilang kerja kerana aku!! Bila pulak aku tipu orang sampai dia kena buang kerja!! Tak dak pula orang yang kena buang kerja!!

Ni sah mamat ni ada masalah lain...cuma yang aku heran ni, macamana boleh sampai sms ni ke aku..lagi nama Mr Arun, aku tau ada orang nama tu kat sini. Ni mungkin kes salah antar atau...ishkkk susah nak jawab ni.

Biarkan saja lah.