Wednesday, April 27, 2011

Lama-lama tak tulis..banyak cerita Pilihanraya Sarawak

Kira lama tak jengok blog ni. Sebenarnya banyak cerita. Dari pilihanraya kat Sarawak sampai ke cerita video Anwar Ibrahim.

Heran tapi bukan ajaib sebab dah jadi berita sensasi sampaikan waktu kempen pilihanraya kat Sarawak, tuai rumah kat Kapit pun ada tanya Anwar Ibrahim pasal video tu. Katanya Anwar tak jawab tapi terus belah dan esoknya katanya ke luar negeri. Sibuk betul!!

Pilihanray Sarawak, keputusannya menguntungkan orang Sarawak walaupun PKR dan DAP menambah kerusi. Dengan keadaan sebgitu serta janji2 kerajaan semasa kempen, tentulah janji-janji itu akan menjadi kenyataan , samada cepat atau lambat. Itu penting untuk BN jika berlaku PRU. Sarawak menyedia dan menyumbangkan kerusi Parlimen yang agak besar. Begitu jugak Sabah.

Katanya harga minyak akan naik jika BN menang kat Sarawak. Ada yang sibuk menyebarkan cerita angin ni. Sampai sekarang, itu jelas penipuan.

Bab pilihanraya di Sarawak, sebagai orang luar yang bekerja di sini...perkara-perkara yang menarik ialah;
a) kempen di Sarawak amat aman kecuali bila ada unsur dari Semenanjung yang muncul dengan budaya berkempen ala politik Semenanjong.
b) lepas kempen, poster, banner dan kain pemidang ditanggalkan dan dibersihkan dengan mudah dan cepat.
c) Rakyat Sarawak telah menjalankan tanggongjawab mereka sebagai pengundi. Keputusan sebagai di jangkakan dan BN masih memerintah dengan 2/3 majoriti.
d) KM angkat sumpah pada malam keputusan pemenang di hebahkan. Cepat!!
e) Cerita-cerita kempen sebelum Pilihanraya cepat hilang dan lenyap kecuali cerita politik yang dibawa oleh media perdana di Semenanjong.

Sarawak...kamu memang hebat.

Hari pekerja tak lama lagi, banyak program nanti.

Wednesday, March 16, 2011

Final Project

Final project aku dah nak kena submit... isi dan bahan dah ada, yang lemah nak di olah, di analisis dan dikarang menjadi satu project paper. Dah minta tangguh..cuma dapat 4 hari. Kerja aku pulak tengah bertimbun...survey jalan, meeting kilang, hal operation...macam-macam lagi. Pening...sehingga semalam aku terlupa yang sebiji nasi pun aku tak telan..Nasib baik ada maggie asam laksa...aku campur dengan sambanl kerang..boleh lah...

Tanya member, dia pun tak siap lagi...week end ni baru boleh submit..lega sikit ..kira ada gang..tu yang lemah nie, dah jadi macam resam kita orang Malaysia.... last minute. melayu, Cina, India sama saja...tengok masa nak bayar saman trafik...last-last tak sempat. kerajaan tambah tempoh pulak..tu yang buat semua orang asyik last minute... termasuklah aku...

Thursday, March 10, 2011

Bisnes On-Line

Banyak betui kempen pasai bisnes on-line. Banyak mengaku bukan MLM..tak payah menjuai, duduk di rumah mengadap komputer, duit ribu-ribu masuk. Menarik...

Dalam bisnes on-line, ada jugak yang sebenarnya mempromosi barangan atau produk masing-masing. Tapi yang dok nampak kebanyakkan nya jual baju perempuan, kain tudung dan yang lebih popular "ubat dan alat kuat". Faham-faham saja lah...

Dalam pada itu, internet , e-mail dan juga Facebook, banyak betul "con-man and con-woman". kerap betul dapat e-mail dan mesej macam tu. Yang menarik nya, umpan duit berpuloh-puloh juta dalam mata wang Euro dan Dolar Amerika. Kadang-kadang kata kita menang peraduan yang sebenarnya kita tak pernah masuk pun. Dari mana dia orang dapat info kita..tak tahu.

Cuma yang pasti, setiap umpanan tu diakhiri dengan meminta kita menghubungi orang-orang tertentu dengan memberikan maklumat lengkap kita, dari nama, alamat, nombor telefon, tarikh lahir, e-mail address dan segala-gala nya.

Jawapan nya ialah "DELETE" . Habis cerita!!

Tuesday, February 01, 2011

RON97 dan Tol

2 laluan lebuhraya bertol akan di tamatkan pada Mei 2011. Dalam pada itu, konsesi tol yang lain mungkin tidak dinaikkan kadar tol nya.

Yang naik ialah minyak Ron97...dah kerap naik..sekarang RM2.50 dari RM2.40. Ikut jangka waktu sebgini, rasanya akan naik lagi dalam beberapa lama lagi. Barang lain tak tahu lah...mungkin naik jugak.

Orang luar dari seberang dan juga di utara hanya boleh beli Ron97, dia orang tak kisah sebab siapa sangat yang nak periksa. Nak check IC, bagi kawan rakyat Malaysia yang drive kereta tu.

Gaji tak naik jugak..kalu naik, kesian pulak kat orang kerja kampung. Tiada pendapatan tetap atau bonus tahunan yang selalu di minta oleh CUEPAC.. kerajaan bagi jugak. Yang untung kedai-kedai... malah kedai assessori kereta pun.

Dulu seorang Penolong Pengurus Ladang pada awal tahun 80an, gaji basic RM1300, sekarang gaji basic bagi jawatan yang sama masih RM1300. Yang nampak naik nya ialah kakitangan gomen...harap-harap prestasi kerja pun naik jugak...

Kat pejabat Tabung Haji Bintulu....aku respect their service. pergi Bank Islam, servis very..very slow.. Belum lagi BSN...lagi hampeh..tak tahu lah teknologi dan sistem apa yang dia orang pakai. Nak bank in duit, kena ambik nombor dan beratur..mahu sejam lebih. Apasal tak ada cash deposit machine....Pelanggan ramai...tapi servis slow!!!

The best is still Public Bank...servis tip top..walau mana cawangan sekali pun...

Tuesday, January 25, 2011

SMS Misteri Dari Seorang Yang Misteri

Hari ni dapat satu sms yang penuh misteri...apa-apa pun, penulis atau orang yang menghantarnya adalah pengecut dan tentunya macam cacing kepanasan.

Begini lah bunyi sms yang di terima;

"im trying to be good. but dfficult f smeone telling lie. am i clever drinking beer? Mr arun. or other than me and ur girl wd u. has anther wman? wow! Hw trible u are. my god! U will not die f u tel d true. right? saying im illegal now? Who tel u that? wait ok u wnt stop talking nonsense. fine cntinue. bcoz of u i lost my job. all bcoz of u. ruined my life. i have dgnity. not prstitute. not like u. flexible.f u r a girl u r one of d cheapest. very itchy. my fmily dnt knw about me. i am shy to let them knw. dat u cheat me."

persoalan nya...siapa lah mamat ni... dia hilang kerja kerana aku!! Bila pulak aku tipu orang sampai dia kena buang kerja!! Tak dak pula orang yang kena buang kerja!!

Ni sah mamat ni ada masalah lain...cuma yang aku heran ni, macamana boleh sampai sms ni ke aku..lagi nama Mr Arun, aku tau ada orang nama tu kat sini. Ni mungkin kes salah antar atau...ishkkk susah nak jawab ni.

Biarkan saja lah.

Friday, December 03, 2010

SARAWAK OH SARAWAK

Kalau dah lama duduk kat Sarawak, the best statement about Sarawak ialah "Sarawak not bad, a good place, people are friendly, multi-cultural, a lot of ethnic group".

Ya, memang benar... tapi itu mungkin dulu. Sekarang, keadaan dah berubah bila dah banyak sangat orang yang pandai cakap pasal politik. Rasa nya tak salah kalau aku kata budaya politik dan politiking di Sarawak dah berubah selepas PRU 12. Kemasukkan pengaruh budaya politik Semenanjung jugak banyak mengubah scenario Sarawak.

Aku dah sampai Kuching, Mukah, Kapit, Sibu. Miri, Marudi, Lapok, Dalat, Daro, Matu, Betong, Sri Aman dan banyak lagi tempat-tempat lain di Sarawak. Hanya Limbang, Lawas dan Bario belum di terjah lagi. Banyak etnik yang aku dah jumpa seperti Kejaman, Punan, Kayan, Lumbawang selain dari etnik lain seperti Iban, Bidayuh, Kenyah, Melanau dan juga Melayu Sarawak. Sebenarnya mereka-mereka ini adalah manusia yang sederhana, kuat ikatan kekeluargaan (tengok saja bila Gawai), mudah bergaul, tinggi tolerasi kaum dan ugama. Tapi yang leceh, sekarang ni bila bercakap pasal politik, mula berterabur, bercakaran dan bertekak. Ada yang lebih kepada PKR selain dari fokus kepada Parti Keadilan dan DAP. Kemasukkan UMNO mungkin akan terhalang walaupun sudah ada percubaan berbuat begitu. PPP dari Semenanjung nampak nya nak masuk daun. DAP, PAS dan Keadilan dah lama cuba bertapak. Malahan dah ada wakil DAP di Sarawak. bandar besar seperti Kuching , Sibu dan Bintulu, pengaruh DAP agak ketara. Dengar cerita, Miri adalah target DAP seterusnya.

Itu hal politik, namun aku rasa bagi BN, untuk terus kekal di Sarawak, perkara penting ialah mendengar keluhan rakyat terutama pada golongan dan lokasi tertentu. Ini kerana banyak dah aku dengar bahawa pembangunan dan perubahan lebih tertumpu kepada tempat-tempat tertentu seperti Mukah, Betong dan Kuching. Program SCORE membuka peluang di Bintulu dengan tempias nya sampai ke Mukah.

Pembangunan di Betong, dirasakan oleh orang Saratok sebagai menidakkan keupayaan Saratok. Mukah sekarang gah dengan UiTM, MRSM dan Politeknik. Itu memberi kesan sosial ekonomi apabila ramai orang tertumpu ke sana. Sayang, jalan dalam pembikinan masih belum siap dan keadaan amat teruk.

Bintulu dengan BDA amat selesa dengan SCORE dengan projek-projek pelaburan luar yang mungkin mencecah jutaan atau berbillion ringgit. Tapi, sayang juga, apabila rakyat di Bintulu mengeluh apabila jalan raya menuju ke Sibu amat kurang selesa terutama selepas simpang ke Airport Bintulu. Jalan Sibu ke Kuching boleh tahan cuma agak kurang dari Serain ke Sri Aman. Keluhan tentang apa yang dikatakan Pan Borneo highway selalu kedengaran. Malah ramai yang cemburu dengan keselesaan lebuhraya bertol di Semenanjung. Jadi, orang semenanjung kena bersyukur dengan apa yang ada.

Kapit dulu gah dan sibuk dengan aktiviti pembalakkan. Sekarang aktiviti itu kurang hebat sebab sumber yang semakin kurang. Jalanraya ke Kapit dari Sibu masih belum ada. Jadi pengangkutan utama hanyalah pengangkutan air dengan menaikki bot ekspress dan membawa barangan kargo dengan tongkang. Bandar Kapit tak kurang besarnya malah sibuk dengan kereta dan kenderaan empat pacuan roda terutama di waktu pagi dan hari minggu. Jadi bila lah jalan ke Kapit akan menjadi kenyataan.

Sibu, walaupun tiada sumber ekonomi berpunca tetapi lebih kepada kegiatan hiliran pembalakkan seperti kilang plywood dan sebagainya. Sibu bertindak sebagai pelabuhan sungai yang penting dan ini menjadikan kegiatan pembinaan bot dan kapal kecil agak lancar. Kepentingan Sibu dalam scenario politik Sarawak nampaknya mula di berikan tumpuan. Klan Foo Chow terkenal dengan kepintaran menjalankan perniagaan dan mereka juga menceburi aktiviti pembalakkan di Sarawak dulu-dulu. Taikun balak banyak di Sibu. Tengok saja rumah yang besar-besar ibarat istana.

Bila cakap pasal rumah, harga rumah di Sarawak memang mahal. Bukan senang nak beli rumah kecuali berebut nasib rumah murah atau flat kerajaan. Rumah berkembar 2 tingkat, sekarang lebih dari RN300 ribu. Itu saiz tanah nya kecil. Rumah kedai pun mahal.

Apa-apa pun, Sarawak memang tempat yang bagus untuk berkomuniti, bekerja dan berkawan. Yang penting pandai bawa diri. Budaya gangster itu hanya mainan media. Yang penting kita tak ganggu dia, dia tak mungkin ganggu kita. Kalau kita berlagak macam gangster, maka dia pun akan lebih gangster dari kita.

Yang penting, Sarawak ialah Sarawak...muga-muga Sarawak akan terus maju, walaupun perlahan, namun rakyat akan merasai nikmat kemajuan, dan yang penting infrastruktur di tingkatkan.

Mungkin Pan Borneo Highway akan menjadi highway sebenar-benarnya. Kena bayar tol, bayar lah. Jangan mahal sangat sudah. Bak kata kawan aku, Sarawak dan juga Sabah adalah fixed deposit Kerajaan... jadi kerajaan janganlah mensia-siakan mereka ini, jangan sampai mereka merajuk.

Thursday, December 02, 2010

Satu Perjalanan Ke Kapit.

Memang betul, kalau kita ke Sarawak, menjenguk pekan @ bandar Kapit bagaikan telah melalui satu perjalanan yang jauh di Sarawak.

Bandar kapit ada sebuah bandar kecil, jauh di pendalaman Sarawak. Kegiatan ekonomi tertumpu kepada pembalakkan. Tapi yang aku nampak, kemeriahan bandar Kapit amat jelas dengan kesibukkan dan aktiviti di terminal penumpang Kapit. Terminal ini, jangan lah di ingatkan terminal lapangan terbang atau terminal bas...tapi ialah terminal bot-bot ekspress. Memang sibuk. Bot ekspress ni dari Sibu dan ada yang menuju ke Belaga , melalui Pelagus Rapid yang amat terkenal di kalangan pelancong. Heran, kurang pulak orang tempatan yang tahu!!

Bot ekspress ada lah mod pengangkutan penumpang yang teramat penting. Bot-bot tu amat baik, lengkap dengan penghawa dingin cuma dok cari sekeliling tak nampak pulak "life jacket". Bot yang aku naik untuk ke Kapit ada 4 kelas utama iaitu first class, business class dan ekonomi class. Tiket berharga dari RM30 ke RM20. Ok, perjalanan selesa dengan dihidangkan tayang video cerita yang menarik dari Singapura.

Bandar Kapit tampak sibuk dan bersih. Cuma dimaklumkan bahawa waktu petang agak kurang meriah. Sempat menjenguk ke pasar tamu. Makanan halal tak jadi masalah sebab pergi saja ke gelanggang kenyalang. Rasailah roti canai telur Kapit yang jauh berbeza dengan yang biasa aku makan di lain-lain tempat. Harga RM3.00 sekeping. Mee basah ala Kapit jugak sedap dang lengkap dengan fish ball, fish cake, crab stick, sayur-sayur dan isi ayam. Sedap betul..harga RM3.50.

Itu tentang Kapit...yang kurang sedap ialah perjalanan dari Bintulu ke Sibu..melalui jalan yang amat teruk..lubang dan beralun. Kalau malam dan hujan, lagi bahaya dengan tiada garisan jalan yang jelas di kebanyakkan tempat. Kawan aku yang memandu asyik merungut... teruknya jalan. Kena pulak gelagat sesetengah pemandu yang menyakitkan hati. Itu belum lagi lori-lori balak yang macam raja jalan. Kawan aku frust betui bila terkenangkan jalan raya di Semenanjong yang baik dan teratur. Highway pun banyak walaupun bertol. Dia kata...buat lah, orang Sarawak pun sanggup bayar tol!! Dan biasa lah, mereka akan kata, tunggu pilihanraya akan datang...tapi aku rasa BN tetap menang.

Apa-apa pun, harap kerajaan Sarawak dengan bantuan Kerajaan Federal, lihat dan bantu lah pengguna yang juga rakyat Mlaysia di Sarawak ni. Alangkah selesa jika jalan dari Sibu ke Bintulu di naikkan taraf. dari Sibu ke Kuching, jalan nya kira ok. Begitu jugak dari Bintulu ke Miri... cuma Sibu Bintulu ...aduh..teruknya!!

Jangan cerita lah jalan dari Selangau ke Mukah ... mungkin bila dah siap nanti, seksa orang kat situ akan selesai.. mudah-mudahan.