Tuesday, October 12, 2010

Drama Jalanan

Melepak kat KL , terutama waktu petang, membuatkan aku dapat menyaksikan banyak drama-drama jalanan tanpa pengarah. Area kat Bukit Bintang memang sesuai dengan namanya ... banyak bukit bukit yang melintang dengan bintang-bintang filem yang entah apa nama nya.

1) "The Five Minute Saleman"
Ni dah biasa kita tengok cuma dulu orang kita, rakyat Malaysia. Sekarang dah banyak warga luar terutamanya mat Bangla dengan Indon. Kat depan 7 Eleven, di seberang Piccolo Hotel, cuba jengok-jengok waktu malam..

Ada minah-minah Indon, kadang-kadang pasangan suami isteri menjual jam tangan entah jenama apa-apa. Cantik jam tu, cuma tak tahu lama mana tahan nya...apakah cantik selepas tu?
Asal orang lalu saja, jam ditangan di unjur-unjurkan. Ramai pulak tok-tok Arab berenti meninjau..yang beli tak seberapa. Malam tadi ada mek arab (rasanya), agak moden dengan shopping beg dikedua-dua belah tangan, berenti, mencangkung dan membelek-belek jam tu... dari sorang penjaja ke penjaja lain.... akhirnya tak beli jugak..Sambil mencangkung, mebelek, ramai jugak yang berenti menengokkan mek ni...apa tidaknya, dia mencangkung sambil menayangkan lurah punggungnya yang ..... muda lagi, cantik dan solid molid.

Akhirnya, belah begitu saja menaiki teksi.

Kalau dulu, mat-mat rakyat Malaysia, kalau nampak kita ..." Bang, maaf bang, bagi saya 5 minit untuk ceritakan pasal barang yang saya bawa ni" Aku selalunya kata "ok, tak payah" atau sekadar senyum dan tangan menunjukkan tanda tak mahu.

Ceritanya, barang tu kalau di tawarkan dengan harga RM20, harga sebenarnya dalam RM10 saja... kalau tawar RM15, dia akan kata tak balik modal atau rugi. Kalau kita cakap nak RM12 jer, dia akan kata " bang, untuk abang saja ok lah..jangan bagi tahu orang lain" Kita pun dah tawar, serba salah beli jugak...untung mamat ni RM2. Kalau 20 orang dia dapat pujuk , makna nya dia dapat RM40 hari tu. Working hours...flexible.

2) Aku tengah dok cari line wifi free, tiba depan starbuck, ada signal. Kuat pulak tu. Dalam dok klik sini, klik sana, terdengar bunyi macam benda keras kena hempas atas lantai konkrit. Rupanya ada minah (mungkin budak sekolah...mungkin bohsia) dok bergaduh dengan cowok dia, di tepi jalan, ditengah-tengah laluan orang ramai di kawasan bintang walk. Ada lah kawan simamat tu tolong leraikan. Aku tengok budak perempuan tu hisap rokok. Aku peratikan gelagat dia orang... Ehhh..lepas tu aku dengar si minah tu cabar mamat tu tumbuk dia... drama ke nie.?

Mamat tu buat tak kisah, minah tu menerpa rapat lalu di tolaknya mamat tu. lepas tu dia ambik bag tangan dia dan belah... Aku konfius.

Tak lama lepas tu, minah tu kembali semula. Siap bersembang baik semula. Muka masih masam tapi ada kala nya tersenyum. Hisap rokok lagi. Ni drama ke apa? mana kameranya, mana directornya.

Yang aku tahu, aku saja yang jadi penonton, orang lain buat tak kisah...mungkin bukan dunia aku, benda baru... orang lain memang tak peduli!

3) Aku jalan lagi...perlahan-lahan. Bukan ada tujuan sangat..sekadar melayan boring. Tiba-tiba terfikir, mana 1Malaysia ni sebab aku tengok macam aku dok kat 1Dunia.

Mamat Bangla dok sibuk layan pelanggan kat kedai jual bag tiruan, minah Indon dok jual jam tiruan, mamat Indon dok jual IPhone tiruan, mamat Gurkha dok jadi sekuriti, makcik Myammar dengan anak dok sibuk menadah tangan meminta derma kat orang lalu lalang, mat negro dok riuh bertempik kat muzik cafe tepi jalan kat Bintang Walk, tok arab dok sibuk dengan isteri dan anak-anak bergambar dengan seorang lelaki kerdil bergaya ala robot dengan keseluruhan badan dan baju berwarna metalik silver, lepas tu terjumpa mat-mat tourist dari India dok sibuk ambik gambar dengan kamera SLR yang baru di beli dari Low Yatt plaza dan minah dari Cina dok sibuk kempen foot flexology.... aku kat overseas ke ni?

Oh tidak, kat Malaysia sebab tiba-tiba aku ternampak polis pelancung di tepi jalan dekat trafik light Lot 10.

4) Aku tak sangka tiba-tiba aku disangka driver teksi...punya smart dengan t-shirt hitam berbelang dengan jean CMC, dia ingat aku driver teksi...

"Excuse me, can you go to Damansara Villa".. Aku pun "pardon". "Do you go tu Damansara Villa" Aku pandang cewek tu...amoi bertiga, muda dan lawa....Jawab aku " Sorry " sambil menunjukkan driver teksi sebenar.

"Oh, sorry"... aku tak sempat jawab...driver teksi tu dah layan dia orang....

Moral of the story...Jangan berdiri kat tepi teksi yang dok beratur tunggu passenger di tempat orang ramai begitu bila kita bergaya macam driver teksi!.

Thursday, October 07, 2010

CUAI HANYA APABILA IANYA BERLAKU

Semalam, sambil bersembang-sembang dengan beberapa orang eksekutif muda di tempat kerja, terkeluar cerita tentang cuai.

Memberikan contoh " anda di tuduh cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan"... cuai itu hanya muncul apabila kemalangan berlaku, dalam erti kata lain, jika pemandu itu cuai tetapi tidak berlaku sebarang kemalangan maka di tidak akan dikatakan cuai atau di tuduh cuai sebab tiada apa-apa yang berlaku.

Contoh itu cukup jelas, kerana jika tiada apa-apa yang buruk berlaku atau kemalangan, maka tiada siapa yang dikatakan cuai walaupun sebenarkan sikap cuai itu ada. Apabila bangunan atau rumah runtuh, jari-jari akan menuduh siapa yang cuai sedangkan kecuaian itu jika berlaku,ketika peringkat permulaan pembinaan, tentu masalah cuai itu akan ditangani dan diperbetulkan bagi mengelakkan bangunan itu tidak runtuh. Apabila runtuh , ada saja tuduhan cuai atau rasuah timbul.

Cuba renungkan senario ini,

Pendakwa : Kamu cuai ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan, kamu faham atau tidak.

Tertuduh : Tidak sebab apa buktinya kata saya cuai.

Pendakwa : Kamu telah memandu di lorong yang salah dan bertentangan sehingga kamu melanggar kenderaan lain dan meyebabkan kemalangan.

Tertuduh : Saya bantah , pada malam sebelumnya, pada ketika yang sama, di tempat yang sama dan lorong yang sama, perkara itu tidak berlaku. Saya tidak melanggar atau dilanggari oleh sesiapa.

Pendakwa : Ya, tapi itu malam sebelumnya, pada waktu itu mangsa tidak berada di situ.

Tertuduh : Jika pada ketika dan tempat berkenaan, simangsa tiada di situ tentu lah tidak saya dilanggari and melanggari sesiapa.

Pendakwa : Ya itu betul, tapi pada masa kejadian kamu secara cuai telah berada di tempat yang salah.

Tertuduh : Tuan Majistret, Tuan Pendakwa, saya melalui jalan tersebut hampir setiap hari, pada masa yang agak sama dan melalui lorong yang sama tiada ada apa-apa yang berlaku. Waktu itu tiada kenderaan lain tetapi saya memang menggunakan lorong itu sebab lorong yang sebenarnya atau sepatutnya saya gunakan itu di limpahi oleh lampu spotlight yang terus menyilau pandangan serta menyebabkan saya akan hilang kawalan. Disebabkan itu, saya, pada masa dan tempat yang sama akan menggunakan lorong yang satu lagi. Si mangsa , jika sedar dan tidak alpa, tentu akan nampak saya dari hadapan dan tentu mengelak. Maka dengan itu tiada kemalangan akan berlaku. Mangsa tidak disilaui atau dikaburi oleh mana-mana lampu , maka mempunyai pandangan yang jelas di hadapan. Yang patut di dakwa ialah pihak penbandaran yang membenarkan lampu suluh atau spot light dipasang menghala ke jalan yang saya lalui sehingga menyebabkan saya di tuduh sebagai cuai....

Sunday, September 26, 2010

Manusia di sebelah

Malam ini aku di Miri, bermalam disebuah hotel yang ada berbintang-bintang. Maka rasanya penghuni atau tetamu hotel jugak diharapkan berfikiran berbintang-bintang, mentaliti bukan bukan sekolah tadika.

Malangnya jiran sebelah aku, bilik 516, macam hantu...menjerit-jerit sesama mereka macam hotel ini gua penginapan mereka. Aku amat yakin, kalau kat rumah mereka tak akan berbuat demikian. Rasanya 3 orang, dan rasanya orang melayu...tak tahulah ... kalau nak kata pemburu kehilangan binatang buruan, mungkin tidak sebab mereka ini tentu nya bukan pemburu dizaman batu ..cuma gaya dan perangai macam manusia di zaman batu.

Melompat dalam bilik macam berjogging di padang, menjerit macam rumah mereka sedang terbakar dijilat api, ketawa macam orang mabuk minum todi sebaldi. Rasa macam nak tengking jugak tapi aku tak mahu jadi sipemabuk minum todi lori setangki.

Biar lah dia orang... kalau ini pertama kali tidur kat hotel..biar lah mereka meriah sesama sendiri... kalau aku tak tahan..mungkin aku cari Jebat derhaka dengan keris Taming Sari nya.

Semuga tidur aku lena dan lelap dengan luahan ini.

Aruah Sosilawati dan Sensasi

Sebenarnya aku tak lah kenal sangat siapa Dato Sosilawati kecuali cerita tentang beliau seorang penguasaha produk kecantikan bumiputera melayu yang berjaya, juga cerita sensasi beliau apabila berkawin dan kemudian nya bercerai dengan seorang bekas penyanyi kumpulan Rock iaitu Nash. kan hebuh dalam Melodi TV3.

Tergerak nak menulis apabila berita kematiannya timbul. Begitu tragis sekali. bermula dari cerita beliau hilang tanpa kesan, kemudian berita beliau sudah mati dibunuh, kemudian dinafikan Polis sebab siasatan masih berjalan sehinggalah akhirnya terbongkar bahawa beliau dan 3 rakannya mati di bunuh secara yang amat kejam oleh 2 orang yang sepatutnya cerdik tetapi berjiwa ganas. Peguam yang konon nya bergelar Dato' yang kemudiannya gelaran itu tidak dapat disahkan , maka menjadi Dato' penipu.

Tergerak hati untuk menulis selepas kes beliau dapat diselesaikan (sekurang-kurangnya sudah ada suspek) dalam masa yang agak singkat.

Tergerak untuk menulis apabila ceritanya menjadi tajuk utama setiap surat kabar sehinggakan hingga kini tak kurang dari satu mukasurat penuh dengan cerita kematian beliau. kes ini begitu berprofil tinggi sehinggakan ada menteri juga terpalit sama walaupun dinafikan. Ada menteri melawat ke rumah....itu menunjukkan pengaruh serta ruang persahabatan dan kekewan beliau.

Tergerak hati untuk menulis apabila banyak lagi kisah sensasi sehinggakan ada terpalit juga jutawan dari India sehinggakan timbul cerita Jutawan itu mempunyai dua isteri yang sekarang sibuk muncul di akhbar menuntut hak...sebagai isteri atau menuntut harta?

Tergerak hati apabila parti politik dan orang-orangnya juga turut diheret sama.

Tergerak hati apabila sanggup disebarkan kisah beliau dirogol sebelum dibunuh. Kejam sungguh pembawa cerita.

Tergerak hati..tertanya-tanya apakah itu sebenarnya manusia sekarang, seorang yang dikatakan peguam sanggup membunuh walaupun dengan riak muka sesungguhnya begitu baik nampaknya.

Tergerak hati untuk menulis, begitu ada manusia cerdik tapi kejam berbuat demikian hanya kerana wang!

Tergerak hati untuk menulis....jika itu bukan lah seorang Dato' atau bukan orang ternama, hanya seorang insan biasa , hidup di jalanan, tapi dibunuh kejam...mungkin untuk organ dalaman impian orang hartawan yang wang tak habis dimakan...apakah kesnya akan di selesaikan begitu cepat....begitu sensasi atau apa-apa.

Tergerak hati untuk menutup cerita sensasi ini, agar polis tersukan menyiasat dan menghukum pesalah dan pelaku kejam ini. Tergerak hati juga untuk memohon agar dijauhi keluarga aku dari semua ini.

Buat aruah berempat, mangsa kekejaman manusia ini, semuga roh mereka dicucuri rahmat, diampunkan dosa-dosa mereka dan agar semua keluarga, sahabat dan umat islam lain, berdoa agar mereka tenang di alam yang lain.

AL FATIHAH.

Monday, September 20, 2010

EPILOG

Ini isu yang amat biasa terutama di tempat kerja aku, di mana situasi dan suasana lokasi mengundang banyak pengorbanan terutama bagi yang sudah berfamili, tak kurang juga dengan yang masih bujang...jiwa memberontak untuk menghirup suasana kerjaya yang memberikan kepuasan bukan setakat gaji atau pendapatan tetapi kepada diri sendiri. Suasana yang pernah aku hadapi...

Senario 1 - Pahang
"Hang kalau nak jadi manager, hang kena tunggu aku pencen atau aku resign atau aku mati..." Ini di Pahang... aku tak perlu tunggu, aku dapat juga jadi manager, di tempat lain dan suasana yang lain. Manager tu pulak dengar cerita dinasihatkan resign atas sebab-sebab yang aku sendiri tak tahu... Nasib aku dan nasib dia...siapa jadi penentu?.

Senario 2 - Juga Pahang, tempat yang sama

Aku bekerja hampir 9 tahun, di syarikat yang sama, di tempat yang sama cuma kerap bertukar division. Tiba2 Waktu tu aku hanya lah seorang Penolong Pengurus Kanan. Pengurus waktu itu, ke tanah suci Mekah tetapi meninggal dunia ketika di sana. Berita di terima ketika aku sedang berurusan di pejabat imigresen, Kuantan.

Adakah itu satu peluang, nasib atau kebetulan yang baik... being at the right place at the right time... as I'm the only senior assistant available in the company which have 4 division. Namun, aku tak pernah memikirkan hal tu sebab pengurus itu seorang yang amat rapat dengan aku, my senior in college and again, no doubt we have some difference in opinion in certain issues, work and the team goes well.

Setelah semuanya selesai, aku yang bekerja di division lain dipinggirkan...walaupun aku tak pernah terfikir nak rebut jawatan. Tugas memangku jawatan pengurus di berikan kepada seorang assistant yang sebenarnya lebih junior dari segi senioriti dan juga kelulusan akademik. Soalannya...tak layak kah aku?

Satu hari, aku terjumpa seorang ahli lembaga pengarah syarikat di sebuah bank di bandar... isterinya memang rapat dengan aku dan isteri. Dia bertanyakan tentang keadaan aku dan tentang kemungkinan aku untuk menjawat jawatan pengurus menggantikan pengurus yang meninggal. " rasanya susah ler kamu, dia orang dok fikir pasal anak negeri, you bukan orang sini, takat ni tak ada lagi manager orang sini. Politik pun ada masuk campur"...

Aku teringat bahawa satu ketika dulu, my Executive Director informed and showed me a letter from a top local politician about my action to terminate the service of a local malay contractor because this contractor through his mandore had tried to steal workers from another contractor and bring them outside. I had to stop this since those are registered and legal workers with permit under our quota"... Am I wrong for doing this as the contractor action will gave a bad implication on my estate operation.

Aku resign apabila pada suatu hari, pengurus aku memanggil aku dan secara sinis menyalahkan aku atas satu tindakan yang diambil oleh seorang penyelia kanan yang sememangnya dia sebagai pengurus mempunyai pandangan yang amat berbeza...negatif terhadap individu tersebut... I put you responsible to his action....blablabla.

Ohhh... aku dipinggirkan tapi aku tak kisah, sekarang aku dah rasa lebih bahagia dengan kerja dan jawatan sekarang, malah ada 4 managers as my subordinate. Tempat mungkin agak jauh di pendalaman but at least people appreciate my work even it is not that really good or superb... the best things i'm happy.

Senario 3 - Tempat baru, Sarawak.

" I don't need any postman, I need a manager to run this place". Mula sekali , siapa dia nak cakap aku macam tu , dia baru, just a PA which our company employed. Apa, aku bukan manager? Ini waktu meeeting dan aku rasa tak perlu nak jawab atau kata apa2.

Ceritanya begini... aku buat kerja menaik tarrf jalan ladang dengan kadar RM75/unit tetapi si mamat nie, tak tahu cerita dan background tiba kata mahal. " I don't want you just to invite any people you like to do the work, do an open tender." Hello, open tender!! Mampus , sure mahal sebab material was actual monopolised by a company. Ok, aku pun buat lah open tender.

Result of the tender, the cheapest is RM125/unit... terlalu mahal berbanding yg aku buat cara aku dulu iaitu RM75/unit. Bila RM75/unit dah mahal, tentu aku tak mau buat keputusan untuk ambik harga tender paling rendah terbaru iaitu RM125/unit...kan bodoh bunyi nya. Lalu, all the tender form sent to this smart mamat.
Oh sebab tu aku digelar posmen!!

"You are held responsible for the failure in getting the work done and the road ready". Aku diam sahaja..Really!!
Aku bersuara " ok, since I'm responsible for the failure and being a responsible manager, I resign. I will put the resignation letter on your table this afternoon". Terkejut beruk mamat tu.. Aku belah dari meeting..nothing to discuss.

Aku join company baru, hati senang, increment aku so far so good, tak payah pergi Indonesia untuk gaji yang menarik dan yang penting... aku suka memegang kerja yang benar-benar membuatkan aku lebih berfikir dan bertanggongjawab.

AKU TELAH BUAT KEPUTUSAN!!

So, apa yang aku ada sekarang adalah satu kombinasi nasib, keadaan dan suasana... ianya mungkin berubah tetapi selagi semuanya mengikut selera dan hasrat aku, aku akan terus bekerja..tak banyak nak di kejar ...yang ada hanya lah kepuasan bekerja dan harapan kita dan orang-orang disekeliling kita.

So, bercerita tentang bertukar tempat kerja dengan membuat keputusan.. saya rasa the best person is ourself but no problem to get advise. Anyway, we are the one to face the new setting, new environment and a lot of new things...


Thursday, August 05, 2010

Bulan Posa

Bulan puasa @ posa hampir sudah. Syarikat Yusoof dah sibuk promosi buah kurma di tv. Setiap hari ada iklan buah kurma. Banyak jenama tapi bendanya sama , mungkin rasa ada sikit berbeza, saiz buah dan warna serta tekstur buah. Sebenarnya buah kurma ni sepanjang tahun ada cuma bila nak puasa, promosi gila-gila, macam buah limau mandarin bila nak masuk Tahun baru Cina.

Minggu lepas saya dah dengar lagu raya. Seronok juga cuma puasa belum lagi dah ada lagu rasa. Tukang jahit sekarang ni tengah mengira pelanggan malah ada yang mula tolak tempahan. Dahsyat betui bila nak raya!

Dua minggu sudah, tempahan untuk tapak-tapak pasar ramadzan pun dah mula di buka. Nampaknya pesta makan dah nak mula. Ada juga promosi bufet berbuka yang dah keluar. Makan lagi!

Bulan puasa, kerja macam biasa walaupun ada yang bagi alasan... letih berpuasa. Hari-hari awal nampak ramai nya muka letih dan mudah naik marah. Biasa lah, kena bangun awal nak bersahur, lepas tu banyak aktiviti harian kerja tangguh. Kalau piala dunia kena masa-masa bulan puasa, mungkin ramai yang bersahur sambil tengok bola... tidor bola dan sahor pun bola.

Tuesday, August 03, 2010

Rumah Urut / Pusat Reflexology

Lama betui tak menulis nie..cerita banyak jugak tapi masa saja yang tak berapa ada sangat luang-luang yang lapang.

Nie cerita kat Sarawak...dengar kata kerajaan negeri tengah dok fikir nak bagi pusat-pusat urut dan pusat reflexology ni buka sampai pukul 2.30 pagi. Amboi, ramai betui orang nak mengurut time-time orang sepatutnya balik rumah dan tidor. Alasan nya ialah permintaan dari pengusaha pusat pusat nie yang mengatakan waktu sebegitulah waktu puncak...ramai pelanggan nak datang mengurut terutama pelancong. Mereka-mereka ni, yang dikatakan pelancong tu nak mengurut selepas seharian berjalan makan angin atau selepas keluar dari pusat-pusat lain yang kita namakan pusat hiburan.

Tapi bila fikirkan betul-betul, lain sebenarnya alasannya... Nie mesti ada kena-mengena dengan maksiat yang cuba di halalkan dan juga semua orang tahu yang di pusat-pusat sebegini rata-ratanya perempuan dari Negara Cina. Ikut undang-undang, pekerja perempuan hanya dibenarkan bekerja setakat jam tertentu di waktu malam dan sekiranya nak juga, kena minta kebenaran dari Jabatan Buruh / Jabatan Tenaga Kerja. Ini bagi memastikan pekerja perempuan negara kita terjaga terutama dari segi keselamatan dan keharmonian keluarga.

Hari-hari kat berita, serbu di buat kat pusat-pusat reflexology dan rumah urut, selalunya waktu malam atau awal pagi, apa yang ada ialah tukang urut perempuan dari negara cina dan pelanggannya rata-rata rakyat tempatan. Dan kesalahan yang menyebabkan serbuan ialah menyediakan khidmat istimewa dengan macam macam istilah seperti urut batin dan urut payudara. Fushhh

Jadi, pusat reflexology atau rumah urut ni, kalu kita setakat jam 10 malam, semua manusia tahu, jadi kalau nak urut tu pergi lah sebelum waktu tu. Rasanya, lepas pukul 12 tak ramai orang nak pergi mengurut kaki, baik balik rumah, mandi air panas, longjongkan kaki atas katil,rehat dan tidor...lagi selesa dan lega. Kalu pergi tengah malam nie, gerenti urut yang lain. Mat Saleh pun tak nak pergi urut waktu malam-malam gitu...