Tuesday, April 07, 2009

Politik Wang atau Politik Satu Bisnes

Saya tertanya-tanya kenapa orang sibuk nak jadi pemimpin politik sedangkan apabila ditanya dalam satu kelompok ramai, sapa yang mahu memimpin satu-satu aktiviti biasa, ada saja yang mengelak. Tak percaya...apabila satu-satu perlantikan jawatankuasa yang tiada ruang untuk mendapat kepentingan diri atau sesuatu yang bukan bermotifkan wang atau keuntungan. ada saja yang mengelak ...cuba hadiri mesyuarat PIBG... macam-macam alasan... tak ada masa, kerja banyak dan sebagainya.

Politik wang atau bahasa mudah... rasuah dalam berpolitik memang ada dimana-mana pelusuk hati orang berpolitik, dalam sepuluh mungkin satu yang benar-benar ikhlas. Adik dan abang pun boleh bergaduh....anak dan bapa pun boleh tak bertegur sapa. Rasuah dalam politik bukan sekadar pemberian wang secara terang-terangan tetapi juga dalam bentuk lain seperti jawatan dalam sesuatu badan atau agensi, tawaran kontrak dan paling hina, ada juga yang sanggup menerima rasuah seks.

Ada seorang yang saya kenali, berkelulusan SPM , biasa saja kelulusannya, bekerja sebagai penguatkuasa satu majlis penbandaran di sebuah bandar kecil. dari seorang ketua pemuda cawangan, dia berusaha untuk menjawat jawatan ahli jawatankuasa pemuda bahagian dan akhirnya merebut jawatan ketua pemuda bahagian. Menang pulak!

Apa dia dapat?.... tawaran jawatan pengarah sebuah agensi... apakah kelayakan dan pengalaman nya? Senang.... dia tidak akan terlibat dalam pengurusan harian atau perjalanan agensi tetapi sekadar sesekali menghadiri mesyuarat lembaga pengarah...dapat elaun, berjalan kesana kesini....ikut rombongan bapak-bapak menteri...mencari pelaburan dan jika ada peluang...rebut untuk kepentingan sendiri.

Itulah....jika ada kenalan (Connection) dapatlah lubang mencari duit. Tak ada modal....peluang yang ada itu dimaklumkan kepada yang ada modal...akhirnya dapat komisen... senang..goyang kaki. Jadi...masuk politik satu peluang mencari duit atau peluang bisnes atas angin.

Saya cakap nak masuk politik....isteri saya kata...ada duit ke nak tabur ke penyokong? Jika tak ada, jangan buang masa..... investment pak....investment!.

Politik wang itu hina.... kalau mempolitikkan wang .... ekonomi hancur.

p.s.

Saya pernah dapat RM50 kerana hadir untuk mengundi dan sebotol air mineral.... rasuah jugak tu... orang bagi ambik...kita tak mintak.

Kerja , Pangkat dan gaji

Mempunyai pekerjaan memanglah sesuatu yang amat diperlukan dalam dunia yang penuh dengan pelbagai keperluan yang tentunya bukan "free". Nampak kencing pun kena banya paling kurang 20 sen kecuali kalau sanggup berselindung dalam semak atau batang poko, lalu pancut mana-mana sempat.

Bila dah bekerja, tentulah kita tak mahu bekerja secara percuma. Tentu ada upahnya, tentu ada gajinya. Gaji juga harus sepadan dengan usaha dan tenaga yang dicurahkan. Maka adalah orang bertanya, kenapa seorang buruh yang bekerja keras, ditengah panas hanya mendapat upah yang rendah berbanding dengan dengan penyelia yang pandai menyuruh itu dan ini, memerintah sana dan sini. Maka adalah orang menjawab ...penyelia itu juga bermula dari bawah dan mengambil masa yang agak lama untuk sampai ketahap itu. Melalui segala susah payah untuk mendapat jawatannya sekarang. jadi bagaimana pulak dengan pengurus yang baru bekerja tak sampai 3 tahun tapi bergaji ribuan ringgit. Maka jawabnya ialah pengurus itu telah melabur banyak wang, masa dan usaha untuk berjaya ke tahap itu dan lagi sebagai pengurus, beliua bertanggongjawab atas apa saja perilaku dan hasil kerja orang bawahannya. Kalau buruk maka teruk lah dia menjawab. Maka itu lah timbulnya perkataan tanggongjawab.... "tanggong dan jawab."

Lagi tinggi jawatan, maka tinggilah gaji tetapi orang juga lupa tinggi juga bebanan dan tanggongjawab yang dipikul. Kadang-kadang terbawa-bawa kerja balik rumah. Bohong lah kalau cakap....pengurusan masa itu penting.... delegate kerja itu penting. masalahnya apabila kerja yang didelegatekan tak siap pada masanya atau kalau siap pulak penuh dengan kesilapan yang akhirnya memerlukan banyak masa untuk memperbetulkannya.

itu nasaalahnya, kalau dah kerja, dapat gaji...lagi besar gaji...lebih tinggi jawatannya dan lebih tinggi lah menanggung untuk menjawab.

Sekian, saya pun tengah bersiap sedia untuk menjawab.....

Wednesday, March 11, 2009

Kisah Benar - satu Petikan

Dari Rajahmas blog untuk di kongsi bersama .... terima kasih untuk artikel ini.

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran. Dia adalah seorang doktor neurologi.

Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan "Perubatan Melalui Al-Qur'an". Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak masuki oleh darah. Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang. Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.



Jadi barang siapa yang tidak menunaikan sembahyang, maka otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.



Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.


Kesimpulannya:

Makhluk Allah yang bergelar manusia yang tidak bersembahyang, apatah lagi yang tidak beragama Islam, walau pun akal mereka berfungsi dengan secara normal tetapi sebenarnya dalam sesuatu keadaan mereka akan kehilangan pertimbangan dalam membuat keputusan yang normal.


Justeru itu, tidak hairanlah jika manusia ini kadang kala tidak segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan fitrah kejadiannya, walau pun akal mereka mengetahui bahawa perkara yang akan dilakukan itu adalah bersalahan dengan kehendak mereka. Inilah adalah kesan daripada ketidakupayaan otak mereka untuk mempertimbangkan akan perbuatan mereka itu secara lebih normal.

Maka dengan itu tidak hairanlah timbulnya bermacam-macam gejala-gejala sosial masyarakat masakini. Dari itu, marilah kita bersama-sama mengambil ikhtibar daripada kisah di atas. Ambillah Islam secara menyeluruh dan bukannya secara sedikit-sedikit.

Dipetik daripada Arab News, 7 Januari (atau Februari) 1987.

Posted by Apai Ngelai at 11:47 AM
Labels: Islam, Renungan

Kemiskinan - Adakah ini benar?

hari tu, isteri saya sibuk menyelongkar almari baju... saya tanyakan kenapa? jawapan nya mudah..... ada kawan di tempat kerja menceritakan ada seorang jiran nya , bukan beragama Islam, di tinggalkan suami tanpa sebarang nafkah atau belanja sara hidup. lalu si isteri bekerja membersih rumah jiran-jiran atau membasuh kain . Kalau membersih rumah, dapatlah RM30 bagi setiap kali di jemput atau khidmatnya digunakan. Si isteri ini mempunyai naka yang belajar di sebuah kolej, katanya di Labuan. Belanja agak tinggi tapi ada juga pinjaman ... lega lah sikit. tetapi, kolej itu mensyaratkan pakaian baju kurung atau yang lebih sesuai. Disebabkan ada anak-anak yang masih kecil dan bersekolah, si kakak ini tidak mempunyai baju yang cukup dan tentunya sudah lama. Bayangkan seorang gadis , di sebuah kolej memakai baju yang sudah lusuh untuk berjuang mendapat pendidikan.

Atas daya usaha jiran-jiran, mereka mensedekahkan baju baju lama yang masih molek dan sesuai untuk si kakak. Untuk itu, isteri saya juga ingin turut membantu. bagus lah, sebab isteri saya memang banyak baju-baju lama , malahan setengah nya masih baru dan masih mengikuti dan sesuai dengan masa kini. Banyak yang ingin di hulrkan, saya pun suka juga, setidak-tidaknya tak lah baju-baju tu lapuk dalam almari.

Ada juga isteri saya ceritakan bahawa, si emak pernah membeli baju terpakai dari seorang isteri kakitangan kerajaan dengan harga RM30 sepasang. Persoalannya kenapa tak disedekahkan saja baju itu, sedangkan memang kamu tak pokai lagi. Jangan lah pandang sangat duit tu.

Apa yang ingin saya nyatakan ialah, apakah takrif kemiskinan? Si ibu ,dengan daya usahanya sendiri berjaya mencari satu kehidupan dan memberikan peluang untuk anak-anaknya. Si ibu tunggal ini ditakrifkan sebagai golongan mana? Ibu tunggal yang memerlukan bantuan atau biarkan saja dia berusaha dari sentiasa meminta bantuan.

Walau apapun, si ibu tunggal ini harus di bantu, samada oleh masyarakat atau pihak pemerintah. berikan dia semangat untuk membesar, menyekolahkan anak-anak serta peluang untuk memperbaiki diri dan keluarga.

Adakah bantuan tidak sampai (walaupun dia tinggal di kawasan bandar) tetapi tidak pandai menyelit diri dalam kelompok masyarakat yang berpolitik , maka dia tidak perlu di berikan bantuan atau tidak perlu di endahkan. Tunggu lah pilihanraya nanti, mungkin rumah si ibu tunggal ini akan mula dikunjungi, nasib dan hidupnya mula di himpit dengan berbagai janji tapi sampai bila.................?

Khidmat Hantaran Elektronik

Baru-baru ni, saya bersama isteri dan anak sulong saya melayari internet untuk membuat permohonan ke IPTA menggunakan khidmat hantaran elektronik atau e-registration dan e-submission. Senang memang senang, cepat memang lah cepat.

Masa yang di habiskan tak sampai 3o minit tetapi apabila dah siap, isteri saya bertanya macamana dengan mereka-mereka yang tak ada kemudahan internet seperti di kampung-kampung di pendalaman atau rumah rumah panjang di Sarawak, yang setengah nya jauh di kawasan pendalaman dan mempunyai pelbagai masalah pengangkutan malahan banyak lagi yang menggunakan pengangkutan melalui jalan air (sungai). Macamana dengan mereka-mereka ini. Sebagai contoh, satu rumah panjang kaum Iban di Bahagian Kapit dimana kedudukan nya adalah sejauh 5 jam perjalanan dengan bot express dari bandar Sibu atau hampir 2 jam setengah ke Kapit. Belanjanya juga besar walaupun ke Kapit. Macamana mereka ini hendak membuat permohonan melalui teknologi baru ini dan dah menjadi syarat bahawa permohonan harus melalui talian internet.

Itu belum lagi jika di kira kaedah pembelian kod pin unik yang haru di beli dari Bank Simpanan Nasional. tak semua bandar atau pekan kecil ada Bank Simpanan Nasional. Kalau tak silap saya, pekan kecil macam Marudi di Sarawak tiada mempunyai bank tersebut. Habis, apa kah peluang pelajar - pelajar ini. Adakah pihak sekolah menyediakan perkhidmatan ini untuk para pelajarnya yang cemerlang?. Kalau ada khidmat internet pun, macamana dengan nombor pin unik tersebut.
Adakah mereka ini dinafikan peluang untuk melanjutkan pelajaran secara tidak disedari atau tidak disengajakan.? Ini perlu di kaji semula. Ada anak-anak muda lulusan SPM dan STPM di sekolah-sekolah di pendalaman ini yang memang berjaya tetapi akhirnya meminta kerja dengan syarikat saya yang kebetulan memang di pendalaman.

Sayang, mereka ini boleh pergi jauh tetapi terhalang disebabkan oleh kemajuan ICT yang dibanggakan.

Thursday, March 05, 2009

Marudi

FERI KECIL MENYEBERANG SUNGAI BARAM KE MARUDI

Ada kesempatan untuk melawat Marudi, sebuah bandar kecil di pendalaman kawasan Baram, di Sarawak, membuka banyak persoalan.


Pertama, pekan kecil ini mempunyai ciri-ciri sebuah tempat yang tenang, damai dan sunyi dari kebisingan. Sebuah pekan kecil yang bersih dan yang amat menarik, pada waktu malam sekitar jam 8.00 malam, terdapat beberapa anak budak, mungkin sedang menunggu keputusan SPM atau SPTM, beramai-ramai, memegang paip air bomba, menyembur dan membersihkan longkang-longkang di lorong belakang kedai-kedai. Ingatkan hanya di situ sahaja tetapi mereka juga turut membersih longkang lain di sekitar kawasan berdekatan. Adakah mereka ini membuatnya secara gotong royong dan percuma .... itu saya tak pasti. cuma yang pasti, anak-anak muda itu sanggup melakukan kerja-kerja sebegitu.


Kedua, awal petang nya, saya turut melihat, satu kumpulan kecil anak-anak muda , sekitar 4 orang, dengan berbekal penyodok dan tong dram kosong yang di potong dua, menyodok pasir-pasir, tanah-tanah dan sampah-sampah yang ada dalam longkang di sekitar bandar dan dimasukkan dan dikumpulkan dalam sebuah lori kecil yang menunggu. Bau mungkin busuk, tapi mereka tak nampak langsung tanda-tanda yang mereka merasakan ianya sesuatu yang kotor atau sebagainya. Tiada juga rasa malu, malahan sebagai sebuah pekan kecil, ramai pulak kawan-kawan yang menegur mesra apabila berselisih di jalan berkenaan. Lama juga saya lihat tingkah laku mereka ini.


Ketiga, pekan kecil ini memang bersih dan rasa malu benar apabila saya membuang puntung rokok di jalanan. Bersih walaupun tak banyak tong sampah yang kelihatan ... membawa makna , orang Marudi memang suka kebersihan. Jangan harap nak jumpa lalat di kedai-kedai makan atau tikus di lorong-lorong belakang.


Keempat, tiada apa bentuk hiburan yang ada, tiada karaoke, tiada panggung wayang, tiada bar, tiada dangdut yang saya nampak. Kalau tersembunyi itu, tak tahu lah.


Kelima, sunyi dan tenang apabila menjelang jam 8.00 malam. Tak banyak kereta yang kelihatan. Kanak-kanak kecil pula bebas dan tenang mengayuh basikal.


Keenam, jarak dari bandaraya Miri sekitar 60km dan malangnya tiada jalan darat yang sempurna kecuali jalan melalui ladang-ladang sawit yang memakan masa 1jam 3o minit serta menaiki 2 buah feri kecil milik persendirian dengan bayaran RM15 bagi satu perjalanan. Maknanya pergi dan balik, sebuah kereta ialah RM60.


Ketujuh, apa punca dan mata pencarian penduduk tempatan? Aktiviti pembalakan tidak begitu hebat, perladangan pula baru bermula... cuma saya ada nampak banyak dusun buah-buahan sekitar Lubuk Nibung yang di usahakan oleh masyarakat Cina tempatan dan tanaman padi oleh masyarakat etnik bumiputera tempatan ... mungkin Iban atau Kayan. Kebetulan pula, ada peniaga menjual buah durian di pekan. Pelancungan mungkin kurang memberikan impak sebab Marudi hanya pekan transit , itu pun dulu sebab sekarang penerbangan terus ke Mulu sudah ada.


Apa-apa pun, Marudi memang tenag, damai dan memiliki ciri-ciri pekan sejati sesuai untuk membesarkan anak-anak agar kurang terdedah kepada perkara yang kurang molek. Kadar jenayah, tak tahu pula.... yang pasti waktu perjalanan pulang untuk makan selepas kerja, saya di tahan oleh JPJ lalu di saman kerana tak membawa GDL. JPJ pula dari MIRI , bukan dari Marudi.


Monday, March 02, 2009

Buli

Hari Jumaat lalu, saya ada menonton siaran Buletin 3, di TV3. Apa yang menarik perhatian saya sehinggakan malam itu tak dapat tidur nyenyak ialah kes buli 10 ORANG PELAJAR TINGKATAN 6 terhadap seorang pelajar TINGKATAN 3, DI ASRAMA SEKOLAH MEN KEB OYA, DALAT, SARAWAK.

Bayangkan seorang pelajar tingkatan 3 di buli, diterajang, di tampar , di hentak sehingga jatuh mengelongsor, di pijak tanpa menghiraukan jeritan pelajar yang di buli itu. kesakitan dan perasaan takut sukar nak dibayankan. saya rasa geram dan begitu marah. Sedih mengenangkan pelajar tingkatan 3 itu diperlakukan macam bola. Yang membuli amat jelas, pengecut, bodoh, bacul, berperasaan binatang, berani dan besar kerana ramai. Betul betul bodoh. BODOH seribu kali BODOH. PENGECUT, BACUL DAN TAK ADA ......... Kalau betul pelajar tingkatan tiga itu "mencuri", manakah warden untuk di buat lapuran. Apa mereka nak buat undang-undang sendiri.

Heran bin ajaib, jeritan pelajar yang di buli itu tidak didengari oleh warden atau pengawas atau memang semuanya tiada di sana, atau turut terlibat atau tidak mahu ambil berat. Bagi saya, WARDEN HARUS DI BUANG KERJA ATAU PINDAHKAN SAJA KE HUTAN SEDALAM-DALAM NYA BIAR DIA TAHU MENDENGAR DALAM KEADAAN YANG SUNYI SEPI.

Mau rasa nya saya mencari pembuli bodoh itu dan nak bagi mereka rasakan macam mana rasa merayu memohon belas kesian apabila di perlakukan macamana kanak kanak tingkatan 3 itu di perlakukan.

Tak dapat tidur kerana bayangan klip video itu walaupun sekejap jelas menghantui saya.

Saya terbayangkan jika anak saya (1 di asrama di Kuching, tingkatan 4 dan 1 lagi mungkin juga ke asrama nanti) di perlakukan demikian. Akan saya cari mereka-merka yang berbuat demikian ke atas anak saya dan tahulah mereka bagaimana jeritan mereka itu saya ibaratkan macam jeritan manja. Saya tak akan puas sehinggalah mereka terberak melalui mulut.....

Apa pun , yang pentingnya, dakwa mereka di mahkamah, biar hilang kebebasan mereka... mereka masih boleh belajar di penjara... itu yang mereka pilih.... pelajar tingkatan enam yang BODOH...BODOH....BODOH.


Saya akan terus mengikuti perkembangan kes ini.