Thursday, December 19, 2019

Siapa Yang Mahu Di Pilih

Sibuk dgn SD Azilah.... tiba2 nama ini naik semula.

Tapi yang menarik sekarang, bagi aku, bukan pasal Azilah atau siapa pembunuh dan yg mengupah pembunuh Altantulya.

Yang menarik ialah , adakah Anuar Ibrahim berseteru dengan Azmin Ali (jemin). Adakah Anuar Ibrahim bakal menjadi PM seterusnya selepas Tun M, atau sekadar PM Tepi? Dan adakah rakyat diberi mandat baru untuk memilih PM dan kerajaan baru melalui pembubaran Parlimen dan PRU15?

Dan yang paling terkesan, sejak semalam ialah pengumuman dividen ASB 2019, yang merupakan yang terendah dalam sejarah ASB (sejak 1990).

Friday, October 07, 2016

Baju Merah

Aku memang tak minat langsung baju merah tak kiralah baju T atau kemeja. Warna pink lagi lah!!!

Tapi baju Merah dan Kuning ni dah jadi pilihan intim masing-masing oleh Geng Jamal Baju Merah @ Jamal Jamban (selepas kes buat PC dalam jamban) dan Geng Bersih (Kuning).

Yang best nya bila Kuning ada rancangan, Merah pun mula mencelah. Seronok jugak tengok kecuh-kecuh nie. Nie terbaru geng baju merah di dakwa buat provokasi semasa perlancaran flag-off konvoi bersih di Alor Setar.

Bila agak-agak nya depa nie betui-betui nak bertemu buku dan ruas....ada show-down...bergocoh gitu.

Baru World....

JUTA-JUTAAN - MENYIMPAN ATAU MENYIMPANG

Tergerak di hati nak tengok duit RM1 juta tersimpan dalam laci kabinet kat rumah.... jadi berkira-kira lah bila boleh hasrat itu tercapai.

RM10 sehari
RM3650 setahun....
RM1,000,000 = 274 tahun.

Jadi nak kena simpan RM10 sehari selama 274 tahun atau Menyimpang Lalu dan cuba lah memecahkan amanah atau membersihkan wang haram atau pengubahan wang haram atau ikut macam Mat-Mat Pengarah Air di Sabah.....


Thursday, February 11, 2016

PEKERJA ASING DENGAN ATAU TANPA IZIN ( PADI ATAU PATI)

Kadar penganggoran Malaysia di anggarkan sekitar 3%. Tapi yang paling menarik ialah pekerja asing di Malaysia di anggarkan sekitar 2.1 juta (PADI) dan hampir 4 juta lagi adalah PATI. Ini menjadikan jumlah nya lebih 6 juta. Ramai jugak pekerja asing ini menjalankan perniagaan seperti menjual pakaian, peniaga di pasar malam, membuat kerja kerja pengubahsuaian rumah hingga lah menjadi sub-kontrektor membersih bangunan dan jalan.

Isu berbangkit sekarang ialah cadangan membawa masuk hampir 1.5 juta lagi warga Bangladesh ke Malaysia. Jika yang berada di Malaysia secara haram tidak di tangkap dan di hantar pulang, kemasukkan pekerja Bangladesh ini akan menjadikan jumlah pekerja asing di Malaysia melebihi 7.6 juta. Ini sudah hampir 25% dari keseluruhan rakyat Malaysia yang dianggarkan seramai 30 juta orang. 25% ini adalah jumlah yang amat besar.

Maka sudah ada suara-suara yang mendesak kerajaan mengkaji semula cadangan kemasukkan pekerja warga asing dengan jumlah yang besar ini. Malah, kerajaan sepatutnya mensasarkan sifar pekerja asing tanpa izin melalui penguatkuasaan di sempadan serta lokasi pekerjaaan pekerja ini dan serterusnya menghantar mereka pulang. Kos menghantar mereka pulang harus lah di tanggong oleh para majikan yang menggaji mereka. Penghantaran pulang perlu di hantar segera bagi mengelakkan kos lain yang terpaksa di tanggong oleh kerajaan Malaysia sekiranya PATI ini di tangkap dan di tempatkan di pusat tahanan. Bayangan kos memberi makan sahaja boleh mencecah jutaan ringgit sehari sekiranya ada 200,000 PATI dalam kem tahanan dengan kos makan sehari hanya RM5. Semua ini adalah duit rakyat dan pembayar cukai.!!! Belum lagi kos tenaga kerja, penyelenggaraan, bekalan letrik dan air.

Umum sedar bahawa dengan levi yang di kenakan oleh kerajaan pada kadar purata RM800/orang/tahun (belum kadar baru yang di cadangkan), kerajaan bakal memperolehi pendapatan sejumlah RM4,000,000,000 setahun untuk jumlah 5 juta pekerja asing dengan izin. Selain dari itu, para klinik dan hospital panel FOMEMA turut mendapat pulangan dari caj pemeriksaan kesihatan yang wajib bagi pekerja asing setiap kali hendak memperbaharui permit kerja masing-masing. Bayangkan jika cadangan kerajaan menaikkan levi hingga ke purata RM1500/orang/tahun yang membolehkan perolehan kerajaan meningkat kepada RM7,500,000,000 setahun.

Tapi, bagaimana dengan kedudukan dan suasana sosio-ekonomi rakyat tempatan? Bagaimana pulak dengan gejala-gejala tidak sihat yang di bawa masuk bersama-sama pekerja asing ini? Bagaimana dengan pertembungan budaya? Malah sekarang ini pun sudah ada banyak kes jenayah melibatkan warga asing....sudah banyak penyakit baru yang timbul.

Kita belum lagi memperkatakan warga negara asing yang menyamar sebagai pelajar di kolej dan universiti tempatan. Itu pun belum lagi di kira para GRO dan wanita-wanita asing yang bekerja di lubuk-lubuk maksiat.

Kena fikir ini semua...


Tuesday, February 09, 2016

Why Has The Prices of Oil Been Dropping So Fast? Why Now?

From Energy & Environment : Oil Prices: What's Behind The Drop? Simple Economics by Clifford Krauss Updated Feb 3, 2016

An Abstract: 

This a complicated question, but it boils down to simple economics of supply and demand.

United States domestic production has nearly doubled over the last several years, pushing oil imports that need to find another home. Saudi, Nigerian and Algerian oil that once was sold in the United States is suddenly competing for Asian markets, and the producers are forced to drop prices. Canadian and Iraqi oil production and exports are rising year after year. Even the Russians with all their economic problems, manage to keep pumping.

There are signs, however, that production is falling because of the drop in exploration investment.

On demand side, the economies of Europe and developing countries are weak and vehicles are becoming more energy-efficient. So demand for fuel is lagging a bit.

What happened to OPEC?

Unwillingness of OPEC to intervene to stabilize markets that are widely viewed as oversupplied. Saudi Arabia, UAE and other gulf allies are refusing to cut production. And Iraq is actually pumping more and Iran expected to become a major exporter again.

Is there conspiracy to bring the price of oil down?

No evidence to support the conspiracy theories!!!!!

Lu Fikir Lah Sendiri......seidak-tidak nya RON95 dah RM1.85/liter

Malaysia Economic Outlook

Nie dari www.focus-economics.com/countries/malaysia bertarikh 26/01/2016.

Malaysia Economy Data.

1) GDP per Capita (USD) dari 8176 pada 2010 ke 10566 pada 2014
2) Unemplyment Rate dari 3.2 pada 2010 ke 3.0 pada 2014
3) Fiscal Balance (% of GDP) dari -5.4 pada 2010 ke -3.5 pada 2014
4) Public debt (% of GDP) dari 51.1 kepada 54.5 pada 2014
5) Exchange rate versus USD dari 3.08 pada 2010 kepada 3.50 pada 2014
6) External Debt dari 56.9 pada 2010 kepada 64.8 % of GDP

Government budget based its 2016 budget on average crude prices of USD 48 per barrel.

Fikir dan nilai sendiri.

Kerajaan dah buat penyelarasan bajet 2016 berdasar trend harga minyak dunia terbaru....

Harap kepada yang terbaik.....

Ekonomi.....

Ada orang tanya aku, bila harga minyak naik, harga barang naik. Jawapan paling biasa dan mudah ialah, semua benda guna minyak...lori guna minyak, nak jana elektrik pun ada yang guna minyak. Jadi logik lah, bila minyak naik, harga barang pun naik.

Tapi bila harga minyak turun, kenapa harga barang tak turun. Jawapan biasa aku ialah yang naik susah nak turun, yang turun senang nak naik.... isshhh betui ke?

Aku pun dah keliru....ada yang kata, harga minyak naik sebab ada lebihan di pasaran. habis sapa yang control? Kata ada OPEC, apa depa buat?

La nie, harga minyak bukan penentu segala nya...itu lah yang paling senang.